suria

Mesin tiket rosak, nak beli manual staf tak layan... Paling geram kaunter tutup awal sebelum waktu, penumpang tren dibiar tanpa kasihan

Seorang wanita berkongsi mengenai insiden yang kurang enak dihadapinya ketika menaiki tren.

BUKAN sesuatu perkara yang mudah untuk mengembara bersama anak kecil tanpa ditemani pasangan, lebih-lebih lagi apabila menggunakan pengangkutan awam.

Memandangkan perlu mengawasi anak-anak dan dalam masa yang sama membawa beg atau barangan, sudah pastilah dalam situasi seperti ini, keprihatinan orang sekeliling amat diperlukan.

Namun dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook baru-baru ini, seorang ibu meluahkan rasa kecewa dengan sikap kakitangan di sebuah stesen kereta api yang didakwanya tidak mesra pelanggan.

Menurut wanita berkenaan, dia bersama dua anak kecilnya tiba di stesen KTM Alor Setar pada pukul 10.17 malam untuk mengambil tren terakhir ke Kangar yang dijadualkan pukul 10.43 malam.

ktm 2

Luahan yang dimuat naik oleh wanita berkenaan.

"Sampai di stesen pukul 10.17 malam dan terus ke mesin nak beli tiket. Tapi mesin ketiga-tiganya hang dan tak dapat nak beli tiket.

"Saya pergi kaunter, depa (mereka) dah tutup pintu roller tu. Tapi staf ada lagi di dalam tu. Saya ketuk beritahu 'mesin hang saya nak beli tiket nak balik Kangar dengan anak-anak ni... tak boleh ke saya beli manual di kaunter ni saja?

"Lepas tu dia kata 'tak boleh, kaunter tutup dah 10.30 malam'. Walhal time tu baru pukul 10.20 malam. Saya sampai situ pukul 10.17 malam hangpa memang dah tutup pintu roller tu.

"Rasa nak teriak (menangis) semua ada... dengan barang lagi, anak-anak lagi. Gamaknya tak ada rasa simpati langsung ke tengok saya dan anak-anak kecil," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi meragam dalam flight, ibu menangis ditengking pakcik tua - “Selalu saya kuat, masa tu jadi terpaling lemah”

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi tak berhenti menangis dalam pesawat, pemuda beranikan diri tegur si ibu... jaga macam anak sendiri, siap dodoikan sambil selawat

Tambah wanita tersebut, dalam kekalutan mengejar waktu, dia cuba mencari pertolongan sehingga akhirnya muncul seorang kakitangan lain di stesen berkenaan.

"Katanya sistem dah update. Kanak-kanak punya tiket kena scan Mykid. Tapi cip Mykid anak saya mesin tak boleh baca... tak dapat beli.

"Saya tanya, macam mana saya nak balik kalau tiket beli untuk saya saja? Dia kata beli harga dewasa punya sajalah.

"Saya bukan berkira... persoalan saya, kata kaunter tutup pukul 10.30 malam tapi saya sampai 10.17 malam dah tutup pintu roller kaunter.

Rasa nak teriak (menangis) semua ada... dengan barang lagi, anak-anak lagi.

PELAYAR FACEBOOK

"Yang kedua, hangpa tak ada rasa tolak ansur ka dengan saya?" luahnya kecewa.

Dakwa wanita tersebut lagi, sudah dua kali dia berdepan pengalaman kurang enak di stesen yang sama.

"Sebelum ini saya naik tren pukul 8.43 malam, ada seorang staf wanita jaga dekat mesin tiket. Muka tak manis cakap kasar. Ayat dia kata dekat saya kuat-kuat di khalayak ramai 'anak tu kena tiket... kena tangkap bayarlah RM30'.

"Semua orang tengok saya. Lepas tu dia jalan masuk ke tempat scan tiket tu sambil berleter dan tunjuk saya dengan anak dekat kawannya (staf lain).

ktm 3

Stesen keretapi Alor Setar. -Gambar hiasan

"Sudah tiada nilai murni di kalangan orang kita. Mohon tindakan daripada pihak sepatutnya," kongsinya lagi.

Luahan tersebut yang dikongsikan di laman Facebook Saya Anak Perlis mengundang perhatian warga maya.

Menjengah ruangan komen, ada di antara mereka yang mencadangkan supaya wanita berkenaan membuat aduan kepada pihak yang berkenaan agar tindakan susulan boleh diambil.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain