suria

Angkara personal loan, kerja ‘gomen’ 10 tahun gaji bersih cuma RM600! Wanita nak jadi pengasuh, malu rakan ofis tahu bakal muflis

Masalah kewangan selain bergelar ibu yang bekerja ada kalanya menjadi punca seseorang tertekan. -Gambar hiasan

REALITI kehidupan ketika ini sememangnya mencabar lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berkeluarga.

Boleh dikatakan kebanyakan dalam kalangan kita yang terbeban dengan masalah kewangan berpunca daripada hutang pinjaman peribadi, komitmen serta perbelanjaan bulanan sehingga gaji yang diperoleh langsung tidak mencukupi untuk menampung semua kos.

Demikian juga situasi yang dikongsikan oleh seorang wanita ini mengenai masalah kewangan yang membebaninya sehingga bakal diisytiharkan muflis.

"Saya bekerja government (kerajaan) dah nak masuk 10 tahun. Saya ada anak berusia setahun tujuh bulan, lima tahun dan enam tahun. Tahun depan anak dah start sekolah.

"Saya pening nak urus macam mana nak ambil anak sekolah dan nak tinggal dekat siapa memandangkan saya kerja shift pagi, petang dan malam.

wanita 1

Wanita yang bekerja dan dalam masa yang sama bergelar ibu sememangnya cenderung mengalami depresi. -Gambar hiasan

"Nak bayar transit dan pengasuh pun tak cukup duit. Gaji saya dalam payslip bersih RM600 saja... potongan dah lebih 80 peratus.

"Dalam masa yang sama Yayasan Ihsan Rakyat (YIR) dalam proses nak mufliskan saya. Saya banyak personal loan masa darah muda dulu dan banyak juga sebab nak tolong suami," kongsi wanita berusia 29 tahun ini.

Tambah wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, apa yang membuatkan dirinya makin tertekan apabila pinjaman peribadi yang dibuatnya kini 'bertindih' (overlap) sehingga tempoh baki pinjaman menjadi semakin lama iaitu sembilan tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayah tak pandai bisnes, heret anak sampai muflis! Pemuda menyesal bagi nama buat ‘loan’, rasa dikhianati bapa sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Demi suami tercinta isteri sanggup pinjam bank, berhenti kerja tolong buat bisnes... Dah muflis, hutang pun kena tanggung sendiri!

Disebabkan buntu, dia bercadang untuk berhenti kerja dan menjadi pengasuh kanak-kanak sebagai solusi kepada masalahnya.

Gunalah platform media sosial yang ada untuk cari duit tepi. Untuk pengurusan hutang, mungkin boleh cuba pergi AKPK.

NETIZEN

"Dapat RM1,000 bersih sebulan tak apa. Sekurang-kurangnya mudah saya nak hantar dan ambil anak dekat sekolah. Sekolah dekat saja, tempat kerja saya sekarang jauh. Suami pun kerja jauh.

"Kalau masuk insolvensi selepas saya berhenti kerja, tak adalah malu sangat dengan kawan-kawan nanti.

"Apa pendapat yang arif tentang saya nak berhenti kerja ni ya. Saya mohon sangat pendapat daripada pakar-pakar yang berpengalaman," luahnya dalam grup Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia.

asuh 2

Luahan yang dikongsikan oleh wanita berkenaan.

Menjengah ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang memberikan pandangan serta solusi kepada masalah wanita berkenaan.

"10 tahun kerja tapi gaji bersih sikit. Mungkin memang benar keputusan puan berhenti kerja.

"Anak pun makin besar, kos pengasuh, kos sekolah lagi... tak berbaloi kalau puan terus di tempat sama.

"Sekarang ni semua makin mudah... gunalah platform media sosial yang ada untuk cari duit tepi. Untuk pengurusan hutang, mungkin boleh cuba pergi AKPK," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain