KEPADATAN penduduk yang tidak begitu tinggi membolehkan rakyat Perlis hidup dalam suasana lebih tenang berbanding negeri-negeri lain. Namun bagi orang luar, situasi biasa di negeri itu boleh menyebabkan mereka hilang sabar, apatah lagi ketika berlakunya kecemasan atau kesuntukan masa. Terbaharu, luahan seorang individu tentang sikap sebahagian pemandu negeri Perlis turut dikongsi menerusi Facebook sehingga ia tular dan meraih perhatian ramai. Tangkap layar video dashcam yang tular di Facebook. "Orang Perlis bawa kereta memang terpaling santai. Time pagi orang nak masuk kerja, santai je (mereka) parking tengah jalan. "Nak beli surat khabar, bersembang. Ingatkan emergency awal-awal tu. Saya lalu sebelah, tengok driver tu bergelak ketawa. Terus sakit hati," luahnya. Individu yang tidak mendedahkan identitinya itu membuat teguran berkenaan menerusi kumpulan Facebook Saya Anak Perlis pada Jumaat. Tolonglah jangan jadi selfish, sampai menghalang lalu lintas. Dah la waktu puncak. PENGADU Dalam hantaran sama, dia turut memberi nasihat kepada pemandu di negeri itu agar tidak mementingkan diri sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. "Tolonglah jangan jadi selfish, sampai menghalang lalu lintas. Dah la waktu puncak. Jalan ni memang selalu dah jadi macam ni, sanggup berhenti depan kedai daripada parking 10 meter lebih, demi tunggu orang je. "Memang pentingkan diri sendiri masing-masing. Kalau boleh, nak parking sampai dalam kedai tu. Memang saya dah hon dah, terbiasa dengan cara orang Pulau Pinang," ujarnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing tersengguk-sengguk ‘kejar trip’, ajak minum pun tak mahu... Rupanya kerja sejak pagi nak sara 7 anak ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu X70 ‘balut’ RM100 dalam duit kertas RM10, kongsi rezeki dengan rider baik hati... Kucing terbaring atas jalan jadi asbab Individu itu turut berkongsi rakaman dashcam keretanya yang memaparkan sikap tidak bertanggungjawab sebilangan pemandu di Perlis. Menjengah ke ruangan komen, netizen dilihat memberikan pandangan berbeza-beza tentang isu yang disuarakan individu berkenaan. "Santai-santai dah la dalam Kangar. Kalut-kalut nak pergi mana? Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pemandu boleh menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. -Gambar hiasan "Orang luar memang tak faham betapa hemoi (ramah) orang Perlis. Mana ada suasana ni kat tempat lain. "Tersangat setuju dakwaan ini. Memang mengganggu orang yang tengah kalut (tergesa-gesa). Lebih-lebih lagi waktu puncak. "Jalan dalam pekan Kangar ni macam tu la pagi-pagi. Saya dah 40 tahun duduk Perlis. Mereka tak ubah perangai sejak dulu kala, dia tak kira bangsa," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube