BERPEGANG pada prinsip 'saudara kandung tidak akan melakukan khianat' membuatkan sesetengah individu sanggup melakukan apa sahaja untuk adik-beradik. Seperti wanita ini, meskipun telah dihalang oleh bapanya, dia tetap membantu abang kandung membuat pinjaman perbankan untuk membeli kereta. Dengan menggunakan namanya untuk pinjaman tersebut, kereta idaman abang dapat dibeli. Berkongsi cerita di halaman Facebook, dia mengakui bersetuju kerana simpati terhadap abang yang namanya telah disenarai hitam oleh bank. Kebanyakan adik-beradik sanggup menjadi penjamin bagi pinjaman kewangan. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof Namun selepas 20 tahun berlalu, abangnya tidak membayar tunggakan pinjaman menyebabkan dia dihubungi pegawai bank setiap hari. “20 tahun lepas, saya pinjamkan nama untuk abang saya buat loan kereta kerana nama dia 'tak lepas' untuk buat pinjaman... dah blacklist. “Atas dasar percaya, sebab fikir adik-beradik. Saya pun tolong bagi pinjam nama walaupun ditentang keras oleh arwah ayah,” ujarnya. Tanpa disangka selepas dua tahun berlalu, abangnya mula culas membayar pinjaman bulanan kepada bank seperti yang telah ditetapkan dalam perjanjian jual beli. ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jadi penjamin ‘loan’ kereta abang, adik serba salah nak tolak... Risau bermasam muka, banyak terhutang budi ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangkan kakak, tak peduli kedai motor ‘kejar’ isteri... Wanita ini menyesal jadi penjamin, sengsara dapat ipar liat bayar hutang! “Masa berlalu, selepas dua tahun abang saya dah mula buat perangai culas bayar sewa bulanan kereta dekat bank. “Sampailah tertunggak, bank hari-hari hubungi saya minta jelaskan hutang kereta,” tambahnya. Paling tidak disangka, selepas dia berkahwin dan berpindah keluar dari rumah keluarga, abangnya bertindak menyembunyikan kereta tersebut. Disebabkan itu, pihak bank tidak dapat menarik kereta berkenaan. Buat laporan polis kereta hilang... lain kali dengar cakap orang tua. Adik-beradik ni sebab duit boleh putus saudara. WARGA MAYA Lebih mengejutkan apabila dia mengetahui bahawa keadaan kereta itu sebenarnya telah 'barai' (tidak sempurna) kerana beberapa komponen telah dijual. “Perkara ini tak berakhir begitu saja, selepas saya kahwin dan berpindah dia masih lagi tak menjelaskan segala hutang-hutang bulanan pada bank sampailah pihak mereka datang nak tarik kereta. “Tapi dia tak benarkan dan kereta tu disorokkan tanpa pengetahuan saya. Abang telah jual habis semua spare part (alat ganti) kereta tu... tayar, enjin, pintu depan dan belakang. “Pendek kata, sampai dah tak ada rupa kereta,” luahnya yang kini mengalami tekanan emosi disebabkan perkara tersebut. Antara reaksi netizen di ruangan komen. Menurut pelayar media sosial ini lagi, sehingga kini, tunggakan kereta tersebut sudah melebihi RM30,000 dan dia diminta untuk menjelaskan kesemua baki. Pernah menghubungi abangnya untuk membuat pembayaran semula pada bank, dia mengakui usaha tersebut hanya sia-sia kerana tidak mendapat kerjasama. Bahkan, abangnya menjalani kehidupan seperti individu normal yang tiada bebanan hutang. Situasi yang dialaminya itu mendapat perhatian warga maya yang turut bersimpati dengan nasib dirinya. Namun, kebanyakannya menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak mendengar nasihat daripada arwah bapa yang disifatkan lebih mengenali sikap setiap anak. “Betul apa yang arwah ayah buat, bapa ni lebih mengenali anak-anaknya. “Saya pun ada pengalaman sama. Abah saya ada nasihat awal-awal tapi saya terlampau baik hati, sudahnya lapan tahun saya tanggung beban. “Buat laporan polis kereta hilang... lain kali dengar cakap orang tua. Adik-beradik ni sebab duit boleh putus saudara,” ujar beberapa warga maya. Segelintirnya lagi mencadangkan supaya dia menghubungi bahagian sumber manusia tempat abangnya bekerja untuk mendapatkan bantuan pemotongan gaji. Tidak kurang juga yang memintanya membayar baki hutang dengan membuat kiraan semula di bank bagi mengelakkan nama disenarai hitam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube