BETAPA hebatnya ayat-ayat suci al-Quran sehingga mendengarnya sahaja sudah dapat mencatat pahala. Tidak hairanlah ramai yang suka memasang bacaan ayat suci al-Quran sama ada ketika sedang memandu, di rumah atau di pejabat. Namun, melalui satu luahan tanpa nama di paltform X, seorang pelajar perempuan mengakui berada dalam dilema apabila rakan sebiliknya gemar memasang alunan ayat suci al-Quran sepanjang masa, tanpa henti. Kitab al-Quran merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW. -Gambar hiasan Menurut gadis itu, dia serba salah kerana sedia maklum akan manfaat mendengar ayat suci al-Quran tetapi pada masa sama berasa terganggu ketika hendak mengulang kaji pelajaran. "Saya tak pernah larang rakan sebilik saya nak pasang ayat al-Quran. Saya pun suka dengar, tapi kalau setiap kali waktu nak tidur, tengah belajar dan tengah makan pun pasang, saya rasa sedikit rimas. "Ada satu pagi tu saya bangun tidur, saya tutup kejap radio dia. Dia terus terbangun dan tanya kenapa saya tutup, saya cakap nak bagi speaker rehat sebab non-stop. Dia kata tak apa, pagi Sabtu ni bagus dengar orang mengaji. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘mengimarahkan’ TikTok dengan al-Quran, sambung ayat dapat RM50! Kisah jumpa ‘mat Bangla’ pijak kasut cukup istimewa ARTIKEL BERKAITAN: ‘Sweet’ cucu manja dengan nenek umur 93 tahun... Pandai mengaji, mahir tajwid! Dulu belajar al-Quran sebab nak dapat upah 50 sen "Saya rasa macam diri saya ni jahat pula, seolah-olah saya menolak daripada mendengar bacaan ayat al-Quran," kata gadis itu runsing. Pelajar tersebut kemudiannya menjelaskan apa yang dirasai dan pandangannya sendiri. "Apabila sepanjang masa ada bacaan ayat al-Quran ni, saya susah nak berikan tumpuan kepada apa yang saya study. Senang cerita, belikan je dia fon kepala, dia boleh dengar 24 jam tujuh hari seminggu, orang lain pun tak terganggu. WARGA MAYA "Minda saya tak boleh nak berfikir, saya sampai kena pergi ke bilik orang lain kalau nak belajar, apa yang saya patut buat?" soal gadis itu meminta pendapat. Menjengah ke ruangan ciapan balas, ada warga maya yang mencadangkan untuk wanita tersebut berterus-terang dengan rakan sebiliknya. "Cuba cakap elok-elok, kita share bilik, saya tak berapa selesa la asyik buka sound sebab susah nak study. Kalau buka waktu petang saya okay je. Cuba bincang macam tu. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Mendengar al-Quran pun kena ada adab, elok didengari sambil dihayati, tak wajar didengari sebagai bunyi background sambil kita buat aktiviti harian yang lain. "Ya betul, dengar al-Quran ni bagus, tapi kena ambil kira adab berjiran juga," kata sebahagian warga maya. Tidak kurang juga ada warga maya yang mencadangkan wanita itu untuk membelikan rakan sebiliknya fon kepala. "Senang cerita, belikan je dia headphone atau earphone, dia boleh dengar 24 jam tujuh hari seminggu, orang lain pun tak terganggu. Selesai masalah," kata warga maya memberikan solusi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube