RAMBUT sama hitam, hati lain-lain. Sudah jadi lumrah manusia suka meletakkan persepsi dan tanggapan kepada orang di sekeliling mereka walau tidak pernah mengenali individu tersebut. Namun, melalui satu perkongsian di X, seorang lelaki mengakui menerima pengajaran bermakna apabila dia bersikap terlalu cepat menghakimi (judge) seseorang. Suasana di dalam masjid perlu tenang untuk memastikan jemaah lain khusyuk. -Gambar hiasan The Star Menurutnya, peristiwa berlaku ketika dia sedang berada di sebuah masjid dan berasa rimas dengan dua remaja yang bising di ruangan solat. "Ada satu pagi ni aku dekat masjid, muncul dua budak duduk main phone sambil gelak-gelak. Aku macam... budak ni dah kenapa nak bising-bising dekat sini. "Tak lama selepas aku berfikiran macam tu, ada seorang lelaki lanjut usia duduk di sebelah mereka. Budak-budak tu tolong pakcik tu untuk duduk. ARTIKEL BERKAITAN: Dah 4 tahun ‘pergi’, suami isteri setia ziarah pusara anak berbeza agama... Siap bersihkan kubur, batu nisan ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula buka pintu kereta, kemudian pimpin tangan isteri masuk masjid... Gelagat pakcik ‘sweet’ sampai tua bikin ramai cemburu! "Dan kemudiannya, masjid tiba-tiba kecoh apabila ada seorang jemaah masjid di saf depan pengsan. Dan cuba teka siapa yang paling cepat bangun untuk tolong? Budak-budak bising yang aku cakap tadi. "Mereka ni duduk empat saf di belakang, seorang budak tu pantas pergi carikan air dan seorang lagi budak tu tolong pegangkan pakcik yang pengsan," kata lelaki itu. Insiden itu memberikan tamparan hebat kepada lelaki tersebut yang pada mulanya berprasangka buruk terhadap dua remaja berkenaan. Tapi apbila Tuhan yang tegur dengan terus menunjukkan kepada kita, baru kita rasa rendah diri. WARGA MAYA "Istighfar panjang aku. Dosa aku dengan mereka sebab berfikiran begitu, Allahu. "Sebenarnya aku bersyukur sebab setiap kali aku meletakkan sangkaan terhadap seseorang, Tuhan terus tunjuk yang aku salah," kata lelaki itu mengambil iktibar. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengakui betapa pentingnya untuk sentiasa membersihkan jiwa daripada perasaan iri hati. "Kadang bila kita judge orang, lepas tu ada orang lain tegur kita, kita ego tak mahu dengar. Tapi apbila Tuhan yang 'tegur' dengan terus menunjukkan kepada kita, baru kita rasa rendah diri. Sebahagian ciapan balas warga maya. "Allah kata kita perlu bersangka baik antara satu sama lain walaupun kita dengar benda bukan-bukan daripada orang ketiga. Selagi kita tak ada bukti kukuh, selagi tu kita perlu bersangka baik pada orang tersebut. "Alhamdulillah, aku pun cuba sentiasa ingatkan diri ini, tak kisah la macam mana sekali pun perangai seseorang itu, elakkan daripada berkata buruk sebab mungkin amalan mereka lebih banyak daripada kita. "Mungkin mereka lebih dekat dengan Allah daripada kita," kata sebahagian warga maya memberi peringatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube