SETIAP manusia tidak akan dapat lari daripada membuat kesilapan. Begitulah juga dengan juruwang di restoran yang ada masa dan ketikanya melakukan kesilapan apabila mengira harga makanan pelanggan. Melalui satu perkongsian di Facebook, seorang tukang masak yang senang disapa Asma Nordin menceritakan kisah dicaj dengan harga yang mahal selepas makan di sebuah restoran. Insiden berkaitan juadah pulut ikan masin yang dikongsikan di Facebook. Menurut Asma, dia ketika itu membeli pulut ikan masin dan dikenakan harga RM9 sebekas. "Kisah pagi ni tak tahu nak makan apa. Jadi saya pun pergi ke sebuah kedai makan ni, ambil pulut ikan masin. Biasanya saya tak pernah tanya harga, bayar je, tapi sebab tengok kedai tu kosong, saya pun rajin nak bertanya. "Juruwang tu kata jumlah semua RM9. Saya macam dah musykil, saya pun buka penutup bekas tu nak buat congak-congak. Saya ambil empat ikan masin dengan pulut. ARTIKEL BERKAITAN: Premis makanan naik notis henti jual minuman popular, ganti jenama tak sokong Israel... Ramai puji peniaga berani ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Amerika beria-ia puji makanan Malaysia, rindu sampai susah nak hidup... Tapi netizen sangka buruk kata sekadar ‘content’ "Ikan masin seekor sepatutnya berapa, pulut tu pula berapa je," kata Asma cuba membuat kiraan. Juruwang tersebut berkata satu set makanan itu berharga RM4 manakala RM0.50 dikenakan untuk tambahan setiap ekor ikan masin. "Saya pun macam... dia ni tak pandai kira ke, saya ambil satu set, jadi RM4. Kemudian empat ikan masin, sepatutnya jumlah RM6 la kan. Tak patut cashier tu main sebut je harga tanpa tengok lauk apa yang kita ambil. WARGA MAYA "Saya pun tegur dia, lain kali kira betul-betul. Berdosa berniaga macam ni, sepatutnya buka check tengok dulu. Jangan main hentam kira harga. "Nasib baik hari ni saya rajin bertanya harga, saya bukan nak berkira, cuma kita sebagai peniaga kena jujur. Tapi apa-apa pun, pulut ikan masin dia memang sedap, tak lembik pulutnya. "Saya akan pergi beli lagi di kedai ni. Juruwang tadi yang warganegara Indonesia pun dah minta maaf dengan saya," kata Asma. Sebahagian komen warga maya. Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengambil pengajaran daripada insiden tersebut. "Jauh betul tu beza harga RM6 dengan RM9, nasib baik cef tanya. "Memang ada sesetengah restoran yang kira main hentam saja, macam tak logik harganya. "Tak patut cashier tu main sebut je harga tanpa tengok lauk apa yang kita ambil," kata sebahagian warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube