PERUBAHAN hormon semasa hamil membuatkan sesetengah wanita mengalami pertambahan berat badan yang mendadak. Meskipun ada yang beranggapan tempoh berpantang dapat membantu menurunkan berat badan, namun kebanyakan wanita tidak berjaya mendapatkan saiz yang diingini. Lebih menambah tekanan apabila orang sekeliling pula seperti tidak peka dengan situasi semasa sehingga sanggup menjadikan bentuk badan sebagai bahan gurauan. Disebabkan terasa hati dengan teguran seumpama itu, golongan wanita terlibat meluahkannya di media sosial masing-masing. Hanya sesetengah wanita yang berjaya memiliki bentuk badan ideal selepas bersalin. -Gambar hiasan The Star/Azhar Mahfof Seperti dikongsikan pelayar laman X ini, dia menyedari beberapa rakannya memuat naik status yang menyatakan mereka ditegur gemuk dan chubby. “Tiga orang kawan saya yang baru lepas bersalin ni muat naik status cakap, orang sekeliling komen pasal dah gemuk atau chubby. “Bodoh ke? Baru lepas bersalin kan... susah ke untuk tidak komen pada bentuk badan orang lain? Menggigilkah kalau tak komen,” ajunya penuh kecewa. Memahami perasaan dan situasi yang dialami rakan-rakannya itu, wanita ini turut menyatakan empunya diri sememangnya berasa sedih dengan masalah berat badan yang dihidapi. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri baru lepas bersalin buat check-up di bilik doktor, suami tunggu luar angau tengok awek seksi - “Rasa lebih sakit dari beranak” ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil amuk dalam gerabak selepas sedar diri dirakam! 2 tahun tunggu cahaya mata, keguguran selepas keluar tren Mana tidaknya, mereka yang baru sahaja lepas bersalin akan mengalami masalah kulit menggeleber selain parut regangan pada beberapa bahagian badan. “Ingat ibu baru tak sedih tengok badan mereka kat cermin hari-hari dan nampak stretch marks, kulit gedeber sana sini? “Bukan mudah untuk mereka sesuaikan diri dengan perubahan badan, nak tambah dengan komen yang tak diminta daripada orang luar,” tambahnya lagi. Lebih menyedihkan apabila pakaian lama tidak boleh digayakan semula. Kita aware yang badan dah berubah lepas bersalin, tak perlu nak cakap pasal tu. WARGA MAYA Bahkan, jika terdapat baju yang masih muat, ia tidaklah seperti pemakaian sebelumnya. “Apabila beli baju baru, sedih seorang diri dalam bilik persalinan kerana dah naik satu saiz,” katanya. Perkongsiannya itu mendapat maklum balas warga maya yang kebanyakannya terdiri daripada golongan wanita dan sudah mempunyai anak. Rata-rata warga maya meluahkan pengalaman ditegur individu sekeliling. Tidak kurang juga yang meluahkan perasaan pernah berhadapan situasi sama seperti rakan pelayar berkenaan. “Selepas bersalin dan masuk kerja pun ada yang tegur kenapa berisi. Aku cuti tiga bulan bukannya tiga tahun, dah kurus nanti tegur pula ya. “Masa hamil ada yang tegur badan saya gemuk, kembangnya hidung, kembangnya kaki. Habis tu kau ingat aku sentiasa kurus ke, baby nak sorok kat mana? “Dalam pantang tiga minggu, baju terselak di perut. Ada yang masuk bilik tegur ‘hitamnya perut’. “Kita aware yang badan dah berubah lepas bersalin, tak perlu nak cakap pasal tu,” ujar beberapa warga maya penuh kecewa. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI