suria

Tak mudah jadi owner rumah sewa! Duit ‘terbang’ selepas penyewa pengotor pindah keluar, kos repair cecah RM6,000

Rumah sewa ini mengalami kerosakan sehingga pemilik terpaksa menanggung kerugian mencecah RM6,000.

RAMAI yang beranggapan pemilik rumah sewa dapat menjalani hidup mewah dengan meraih pendapatan pasif secara bulanan.

Di sebalik tanggapan itu, masih ramai belum tahu betapa sukarnya untuk mereka menguruskan para penyewa yang degil, pengotor dan tidak bertanggungjawab.

Terbaharu, seorang pelayar Facebook dikenali sebagai Abdul Latif Ab Razak berkongsi kekesalannya terhadap sikap individu yang menyewa kediaman milik ibu bapanya.

rumah3

Keadaan rumah itu yang dibiarkan bersepah.

Jelasnya, rumah yang terletak di Perak itu bukan sahaja tidak dijaga dengan baik, malah turut ditinggalkan dalam keadaan yang begitu kotor dan menjijikkan.

"Kesian mak bapa aku kena hadap penyewa mental macam ni. Rumah di Taman Cempaka, Ipoh ni sikit punya strategik kawasannya.

"Nak apa kemudahan semua berhampiran je. Tapi dah tertulis ujian kami sekeluarga selalu dapat penyewa begini. Bukan sekali dua berlaku," luahnya.

Lepas ni kena letak tepi dah bab kesian kat orang lain.

ABDUL LATIF AB RAZAK

Menurut Abdul Latif lagi, duit sewa yang sepatutnya dinikmati sebagai pendapatan pasif bulanan kini bertukar menjadi kerugian kerana mereka perlu menampung kos baik pulih dan macam-macam lagi.

"Dari sepatutnya raih pasif income tapi jadi sebaliknya. Kos membersih, tunggakan sewa, hutang bil api dan air. Tambah lagi nak baik pulih kerosakan sudah cecah RM6,000 (menyamai nilai sewaan selama setahun).

"Ambil pengajaran dari kisah ni. Tak semudah ABC ya nak raih income melalui rumah sewa. Saranan aku keperluan melantik Real Estate Negotiator adalah menjadi kewajipan pada setiap pemilik aset," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah caj RM250 sebulan untuk tidur di dapur... Netizen bagi idea buat duit extra, suruh tambah toto depan sinki!

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah buli penyewa, cari alasan nak halau lepas 2 bulan sewa... Rupanya taktik nak ‘burn’ duit deposit!

Ekoran kejadian itu, Abdul Latif berkata dia akan bersikap lebih tegas agar kejadian sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

"Lepas ni kena letak tepi dah bab kesian kat orang lain. Kita baca konon nak mudahkan urusan mereka yang sedang dalam kesulitan.

"Biarlah lebih bertegas, jangan naif sangat. Nak masuk sewa rumah kena ikut law. Deposit, agreement (perjanjian) dan detail (maklumat) lengkap penyewa semua ada. Sebab bila jadi macam ni siapa nak kesian kat kita," luahnya lagi.

Abdul Latif turut berkongsi beberapa foto di Facebook, memaparkan keadaan rumah sewa itu yang bersepah ibarat baru dibadai ombak tsunami.

rumah2

Rumah sewa ini terletak di Ipoh, Perak.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menyelar sikap penyewa dan berharap agar pelaku dikenakan tindakan undang-undang.

"Geng lelaki atau perempuan atau famili yang menyewa ni? Keluar dari celah lubuk mana la manusia ni. Macam tak ada tamadun lagi gayanya ni.

"Ada ke undang-undang untuk penyewa yang buat macam ni? Ni pun satu kemusnahan harta benda juga ni. Boleh tuntut ganti rugi ke?

"Macam mana la manusia-manusia yang boleh hidup kotor macam ni? Tak rasa geli ke," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain