suria

Air ‘teh tarik’ masuk rumah, pemuda bengang salahkan PBT! Penat hadap lumpur - “Kita beli rumah mahal-mahal tapi banjir”

Pemuda itu membuat luahan tentang masalah banjir yang melanda kawasan perumahannya.

HUJAN berterusan yang melanda negara sejak kebelakangan ini menyebabkan sesetengah kawasan mula dinaiki air.

Terbaharu, pemilik akaun TikTok Mr Daddy Don turut berkongsi tentang kejadian banjir yang melanda kawasan perumahannya di Bandar Saujana Putra, Selangor pada Isnin lalu.

Dalam video yang meraih 1.4 juta tontonan itu, pemuda berkenaan turut menyelar pihak berkuasa tempatan (PBT) yang didakwa tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengatasi masalah di kawasan berkenaan.

banjir3

Kesan lumpur jelas kelihatan selepas banjir surut.

"Kita beli rumah mahal-mahal tapi banjir, kau faham tak banjir? Majlis (PBT) buat apa? Bayar itu bayar ini (cukai dan bil).

"Tapi longkang semua tersumbat. Disebabkan longkang tersumbat tu, kau tengok ni. Longkang depan rumah aku dah penuh. Majlis tengah buat apa sekarang? Tengok sekeliling.

"Aku pun tak tahu, majlis ni datang, lain kali check la longkang ke apa ke. Ni longkang tersumbat la. Buat la kerja sikit. Dah banyak kali dah. Aku ingat tahun ni dah tiga, empat kali benda ni," ujarnya.

Kita beli rumah mahal-mahal tapi banjir, kau faham tak banjir?

MR DADDY DON

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan hampir seluruh kawasan perumahan itu bergenang dengan air banjir berwarna coklat.

Malah, air banjir juga menenggelamkan separuh tayar kereta yang diletakkan di garaj rumahnya.

"Majlis buat apa? Bila nak diselenggarakan, selesaikan masalah yang dah banyak kali complaint. Setiap kali hujan ini yang sering terjadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kedai viral banjir mengejut, pelanggan dari jauh pakat lari tak jadi makan! Orang tempatan relaks macam tiada apa berlaku

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak cemas terperangkap banjir di tempat kerja, bapa janji cari jalan datang jemput! Misi berjaya walau diuji kereta tersangkut di longkang

"Bila nak diselenggarakan pun tak tahu la majlis ni. Pihak berkenaan sila lihat dengan mata kepala," tulisnya pula pada kapsyen video.

Dalam satu video berasingan pada petang Selasa, pemuda itu menunjukkan longgokan tanah berdekatan kawasan rumahnya serta sebuah jentera yang diparkir di tepi jalan.

"Kau nampak ni. Ini punca-punca bila hujan, banjir. Tanah-tanah ni semua masuk kat rumah jiran tahu tak? Ini punca-punca banjir air teh tarik. Tak tahu apa yang mereka korek," ujarnya.

Selepas itu, dia turut membuat rakaman video di kawasan rumahnya yang penuh dengan kesar lumpur selepas banjir surut.

banjir2

Pengadu menunjukkan longgokan tanah berdekatan kawasan perumahannya.

"Tengok, penuh lumpur. Rumah-rumah jiran semua penuh lumpur kat dalam. Bukan masalah longkang tersumbat ke apa, dah tentu-tentu daripada mereka buat tu.

"Entah apa yang dikorek, yang kena kat kita. Kau tengok betapa kotornya, lumpur saja," ujarnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap pemilik rumah yang dilanda banjir.

Namun, ada netizen yang turut mempertahankan PBT dan menyarankan penduduk setempat bergotong royong untuk membersihkan longkang.

banjir5

Antara komen netizen berhubung video tular itu.

"Macam tak percaya Bandar Suajana Putra banjir. Kalau nak ikutkan situ kawasan tinggi.

"Yang buat longkang tersumbat tu bukan orang majlis tau. Apabila dah kena macam ni, majlis yang salah.

"Buat gotong royong. Jangan tunggu majlis. Sama-sama cuba ambil tindakan," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain