suria

8 anak hantar mak ke rumah orang tua, seorang pun tak pergi jenguk! Si ibu tak pernah burukkan zuriat sendiri hingga akhir hayat

Segelintir anak tergamak mengabaikan ibu atau bapa mereka yang dihantar ke rumah jagaan orang tua demi mengejar cita-cita. -Gambar hiasan

PASTI ramai dalam kalangan kita yang biasa mendengar ungkapan 'seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, namun 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu'.

Lebih menyedihkan, ada yang tergamak 'mencampak' insan yang dahulunya melahirkan dan membesarkan mereka di rumah kebajikan, hanya kerana sibuk mengejar cita-cita.

Begitulah juga kisah yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai seorang penghuni rumah kebajikan warga tua yang 'dibuang' oleh anak-anak sendiri selepas kematian bapa mereka.

"Anak dia ada lapan orang, tujuh orang dah bekerja dan berkahwin, seorang baru masuk kolej. Lepas suami dia meninggal, tak sampai sebulan anak-anak dia hantar makcik ni dekat rumah kebajikan orang tua atas alasan tak ada siapa nak jaga makcik ni.

"Semua duduk jauh. Makcik ni ada sakit saraf kaki... boleh berjalan cuma bergantung dengan tongkat. Macam tak logik alasan anak-anak dia bagi," kongsinya dalam satu video di TikTok.

ibu 1

Ganjaran pahala yang besr menanti bagi anak-anak yang menjaga ibu bapa mereka. -Gambar hiasan

Menurut wanita berkenaan, makcik berkenaan sudah dua tahun menjadi penghuni di rumah kebajikan itu dan dalam tempoh tersebut, tiada seorang pun anaknya datang atau bertanya khabar.

Walaupun rasa rindu kepada anak-anak sering menggamit, kehadiran rakan-rakan senasib serta pelbagai aktiviti di rumah kebajikan tersebut sedikit sebanyak mengubati hatinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda korbankan kerjaya, tolak tawaran belajar... Sanggup balik kampung jaga bapa sakit - “Abah hanya ada satu”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak berhenti kerja, pilih berbakti jaga mak ayah sakit! Selepas 5 bulan ibu meninggal, bapa pula ‘menyusul’ - “Bahagialah bersama cinta hati abah”

"Makcik tu beritahu dia doa dari jauh je semoga anak-anak dia sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu.

"Dia dah maafkan segala salah silap anak-anak dia. Semua yang jaga (staf) di sini baya-baya anak makcik. Semua dianggap macam anak sendiri.

"Nampak air matanya bergenang. Aku yang beria tersedu-sedu menangis," ujarnya.

Saya pegang ayat buat baik pada mak ayah, insyaAllah nanti anak-anak akan buat baik dengan kita.

NETIZEN

Apa yang membuatkan naluri wanitanya lebih tersentuh, meskipun anak-anak makcik berkenaan langsung melupakan ibu mereka, namun tidak sedikit pun terkeluar perkataan yang buruk-buruk mengenai zuriatnya itu.

"Masa nak balik, dia peluk aku kuat. Siap cium dahi dengan pipi lagi. Makcik tu siap pesan jaga mak ayah baik-baik, banyak pahala kalau kita berjasa dan hargai mak ayah kita. Lagi satu jangan panggil makcik, panggil ibu. Ada masa jenguk lagi ya.

"Aku tak tahu apa yang dia dengan anak-anak lalui dulu. Tengok air muka dia, banyak yang dia pendam. Aku tak berani tanya lebih-lebih. Aku hanya diam bila dia bercerita.

"Baru dapat tahu yang ibu Wati meninggal dunia awal bulan Mac lepas. Meninggal dalam tidur. Sedekahkan doa buat Norsalmawati Salleh," akhirinya.

komen mak

Netizen turut meluahkan rasa sedih membaca perkongsian kisah berkenaan.

Perkongsian berkenaan meraih lebih 91,000 jumlah tontonan selain dibanjiri komen netizen yang turut sama meluahkan rasa sebak.

"Kesiannya... adik beradik husband berebut nak jaga mak mentua.

"Saya pegang ayat buat baik pada mak ayah, insyaAllah nanti anak-anak akan buat baik dengan kita," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain