WANITA yang bergelar suri rumah wajar diberi penghargaan atas kerja keras mereka dalam menguruskan keluarga. Di laman X, seorang wanita meraih perhatian netizen apabila mendedahkan dia dibayar gaji bulanan oleh suaminya untuk bertugas sebagai 'pengurus' dalam keluarga. "Suami saya beri gaji bulanan sebagai pengurus kerana saya uruskan rumah, lengkap dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta cukai pendapatan. Hantaran wanita itu mengenai gaji yang diterimanya tular di laman X. "Dia macam ni, kalau lelaki yang betul-betul lelaki, mereka akan gembira untuk bekerja dan berbelanja untuk keluarga dia. "Kalau berkira, tu kurang testosteron mungkin," ciap @bkyhbqn. Menurut wanita itu, dia dan suaminya mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun lalu. Ini cara suami hargai usaha saya tinggalkan kerjaya dan memilih untuk jaga keluarga. ISTERI BERTUAH Tambah wanita itu, inisiatif gaji yang diperkenalkan merupakan satu penghargaan untuknya yang sanggup berkorban meninggalkan kerjaya demi menguruskan keluarga. "Untuk rekod, kami dah kahwin lebih 10 tahun. Bukan fasal gaji kecil ke besar. Tak buat macam ni pun okey. Transfer online macam biasa je okey je. "Apabila kewangan dah grow, tak ada tambah baby, barulah buat macam ni untuk financial management. Tak payah you alls menggelupur. Ini hanya cara suami saya hargai usaha saya tinggalkan kerjaya dan memilih untuk jaga keluarga. "Kalau baru nak kahwin, memang kehidupan mencabar sikit. Relaks la. Sekian, saya tak akan melayan segala komen negatif," ujar wanita itu lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji 10K cuma beri nafkah RM500 selepas suruh isteri ada degree resign! Suri rumah senasib tampil kongsi taktik ‘kikis’ duit pasangan ARTIKEL BERKAITAN: Suami poket kering, isteri tak teragak bantu! Selama ini amalkan magic, dompet lama boleh buat duit ‘beranak’ Dalam pada itu, wanita itu berkata dia turut menjadikan ibunya sebagai idola dalam pengurusan kewangan meskipun mereka membesar dalam keluarga yang serba sederhana. "Saya datang daripada keluarga B40. Gaji bapa saya yang terakhir sebelum pencen hanya RM1,800. Mak saya buta huruf tapi dari segi financial management, she is my idol. Berjuta pun duit awak, kalau tak manage, susah jadinya. "Memandangkan ada rezeki sikit, better manage siap-siap. Sebab tu hal marriage saya jarang cerita. Saya faham masing-masing dalam kasut sendiri. Jadi ikut kasut yang sesuai untuk anda ya," ujarnya lagi. Pengurusan kewangan sangat penting untuk memastikan keluarga dapat hidup dengan selesa. -Gambar hiasan Menjengah ke ruangan balas, ramai netizen memuji tindakan suami wanita itu yang wajar dijadikan sebagai contoh tauladan. "Alhamdulillah dapat rezeki suami yang baik dan bertanggungjawab. Semoga sis dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan. "Saya gembira baca hantaran ini. Positif vibe untuk suri rumah. "Semoga aku mampu buat macam ni kat bini aku suatu hari nanti," tulis beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube