suria

Cleopatra tegas tentang kekejaman Israel! Putus hubungan dengan rakan kongsi 3 negara, lepaskan projek besar demi Palestin

Cleopatra menolak kerjasama dengan rakan kongsi dari tiga negara sebagai tanda sokongan buat Palestin.

AHLI perniagaan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau Cleopatra memutuskan hubungan dengan rakan kongsi dari tiga negara sebagai tanda solidariti buat Palestin.

Menurut calon bebas bagi kerusi Parlimen Batu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu, kehilangan rakan kongsi tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan mangsa-mangsa penindasan dan kekejaman Israel.

"Keputusan saya untuk memutuskan hubungan rakan kongsi, terutamanya dengan beberapa negara, adalah cara saya untuk menunjukkan sokongan teguh saya demi Palestin.

c2

Cleopatra menamatkan hubungan perniagaan dengan rakan kongsi tiga negara sebagai tanda solidariti buat Palestin.

"Kehilangan rakan kongsi, peluang, malah perniagaan tidak akan pernah melebihi nilai kehilangan nyawa akibat penindasan ini.

"Kita perlu ingat bahawa dalam skema besar kehidupan, kemanusiaan dan kasih sayang jauh lebih berharga daripada mana-mana rakan kongsi atau perniagaan," ujarnya.

Bercerita lanjut, Cleopatra ketika dihubungi mStar pada Rabu berkata dia sebenarnya telah berada di peringkat rundingan, namun tegas dengan keputusannya untuk menamatkan hubungan perniagaan yang lumayan itu.

Adalah penting untuk sedar bahawa tiada keputusan perniagaan yang boleh mengganti nyawa yang telah hilang di Palestin.

CLEOPATRA

"Tiga negara dah 'lompat' lepas saya hantar surat withdrawal dari partnership. Dengan jujurnya, saya telah kehilangan peluang perniagaan yang besar.

"Saya sudah berada dalam peringkat perbincangan lanjutan tentang penyertaan syarikat saya dalam DSA (18th Defence Services Asia) Exhibition and Conference dan NATSEC 2024 yang dijadualkan pada 6 hingga 9 Mei 2024.

"Tiga negara sedang mengejar saya selepas keputusan saya kelmarin. Namun, adalah penting untuk sedar bahawa tiada keputusan perniagaan yang boleh mengganti nyawa yang telah hilang di Palestin," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Cleopatra calon bebas di Batu? Jom kenali bakal YB kerusi panas PRU15

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua baby boleh tidur atas saya” - Cleopatra jadi mangsa geng otak kuning, tidurkan bayi disangka menyusu

Dalam pada itu, Cleopatra sebagai ibu kepada dua cahaya mata turut menzahirkan rasa simpati atas nasib malang rakyat Palestin, khususnya bayi-bayi tak berdosa yang maut akibat kekejaman tentera Israel.

Cleopatra turut menyeru orang ramai untuk bersatu hati menentang penindasan Israel, termasuklah dalam usaha boikot serta menamatkan hubungan dengan negara-negara yang berpotensi menyokong Israel.

"Adalah memilukan untuk menyaksikan kehilangan nyawa yang tidak bersalah, terutamanya kanak-kanak, dalam sebarang konflik. Setiap kanak-kanak mewakili harapan, potensi, dan masa depan negara yang sepatutnya dipenuhi dengan gelak tawa dan impian.

Crowds is seen participating in pro Palestine rally towards to the US Embassy in Jalan Tun Razak on Oct 28.—AZMAN GHANI/The Star

Rakyat Malaysia memberikan sokongan penuh buat pembebasan Palestin daripada cengkaman rejim zionis Israel. -Gambar hiasan

"Dengan berkongsi kisah mereka seperti apa saya buat hari ini InsyaAllah dengan mengetengahkan impak konflik ke atas kanak-kanak, dan menyokong pertubuhan yang berusaha melindungi hak mereka, kita boleh mencipta komuniti global yang bersatu menentang tragedi seperti ini.

"Marilah kita bersatu dalam komitmen untuk memastikan setiap kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang mereka, dapat membesar dalam keadaan selamat, dengan peluang untuk berkembang. Call for ceasefire.

"Jangan hanya memboikot produk mereka, tetapi juga memutuskan semua rakan kongsi dengan negara-negara tersebut," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain