DENGAN pintu yang sudah tercabut, namun sebuah peti sejuk dalam keadaan usang masih digunakan oleh keluarga ini. Bahagian luarnya sudah kelihatan berdaki, bagi orang biasa pasti sudah lama dibuang ke tempat pembuangan sampah. Kesusahan yang dialami oleh keluarga ini menyebabkan apa saja peralatan dan kelengkapan yang masih berfungsi, digunakan sebaik-baiknya. “Beginilah keadaan peti ais untuk menyimpan makanan mereka 10 sekeluarga,” menurut badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @tvpku. Rumah kayu yang dihuni 10 sekeluarga. Walaupun hidup serba kekurangan, namun pendidikan anak-anak tetap diberi keutamaan. Dalam rakaman berdurasi satu minit dan 11 saat itu, ditunjukkan sebuah beg sekolah dengan talinya yang sudah putus diubah suai untuk digunakan semula. “Hanya tali rafia digantikan agar beg sekolah ini boleh digunakan,” katanya lagi. Rumah kayu beratapkan zink ini menjadi tempat berteduh bagi seorang asnaf bernama Mustafa bersama 9 ahli keluarga. Seorang kanak-kanak memakai beg sekolah yang menggunakan tali rafia. PKU memberitahu, Mustafa mengalami masalah tulang belakang bengkok sejak 10 tahun lalu, dan pergerakannya perlu menggunakan tongkat. ARTIKEL BERKAITAN: Menangis tengok! Paling miskin tapi rumah kekal bersih, cantik... Keluarga ini buktikan kemiskinan bukan alasan jadi pengotor ARTIKEL BERKAITAN: Sengaja buat spot check, guru terkejut lihat rumah 3 beranak asnaf yang pernah dibantunya! - “Dulu tinggal di stor kecil sempit bertiga” Difahamkan, doktor menyarankan supaya pembedahan dijalankan bagi mengatasi masalah tulang belakang itu, namun Mustafa mengalami kekangan kewangan. “Dia tidak mampu menanggung kos rawatan yang tinggi,” katanya. Akibat keadaan yang menimpa Mustafa, isterinya, Haslina kini menggalas tanggungjawab suami dengan menjaga tujuh anak yang masih bersekolah. Pergerakan Mustafa perlu menggunakan tongkat. Selain itu, dia juga perlu menjaga ibu yang sudah tua dan mengalami masalah ingatan. Meskipun bekerja sebagai guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa), namun pendapatan Haslina masih tidak cukup untuk menampung kos sara hidup mereka sekeluarga. “Semoga mereka sekeluarga dimurahkan rezeki dan dimudahkan urusan,” menurut PKU lagi. Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada Mustafa dan murahkan rezeki sekeluarga... Amin. NETIZEN Difahamkan, Mustafa sekeluarga menetap di Kota Kuala Muda, Kedah. Keperitan hidup yang dialami Mustafa dan Haslina sekeluarga mendapat keprihatinan PKU dan orang ramai. Kiri Haslina mengajar anak-anaknya di rumah, kanan Haslina tidak dapat menahan kesedihan. Menurut PKU, pihaknya telah memberi sumbangan berupa peti sejuk baharu dan barang-barang keperluan lain untuk keluarga itu. Di ruangan komen, rata-rata netizen tampil mahu menghulurkan bantuan, di samping mendoakan keluarga berkenaan. “Semoga Allah memberikan kesembuhan kepada Mustafa dan murahkan rezeki sekeluarga... Amin. “Rakyat Malaysia pemurah, ayuh kita bantu apa yang kita mampu. Kasihan tengok. “Semoga Allah permudah urusan. Kita doa ada orang baik yang tolong,” demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube