TIDAK dinafikan di kala harga barangan serta servis makin meningkat ketika ini, ramai dalam kalangan kita seboleh-bolehnya cuba berjimat. Jika dahulu kita kurang mengambil berat atau membuat perbandingan harga sesuatu barang sebelum membuat pembelian, namun ketika ini tabiat berkenaan sudah berubah. Namun dalam pada mahu menjimatkan poket sendiri, biarlah ia berpada-pada dan mengikut kesesuaian. Bukan apa, bimbang tindakan kita menyusahkan pihak lain pula tanpa disedari, sebagaimana perkongsian seorang pemilik bengkel kenderaan ini. Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang lelaki meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir pelanggannya yang dianggap tidak mempunyai common sense. Tidak dinafikan segelintir pemilik bengkel berdepan dengan pelanggan yang cerewet. -Gambar hiasan (Lim Beng Tatt/Thestar) "Saya sebagai owner bengkel, ingin menyatakan rasa kurang senang ke atas segelintir customer yang acah-acah nak jadi pomen (mekanik), bawa barang luar, pinjam spanar, pinjam tempat. "(Tapi) menyuruh-nyuruh pomen macam dia owner bengkel. Kita dah bertolak ansur bagi pinjam barang... janganlah kacau pomen yang sedang berkerja, kacau tempat orang nak berniaga. "Bengkel dah la kecil, tambah kita pula nak tunggu kau buat kerja dengan lembab. Tolonglah respect staf aku. "Mereka ada masa balik, ada anak bini, bukan masa mereka untuk habis dekat kau yang tidak bergaji," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pendapatan RM30 sehari, mekanik hanya mampu besarkan 12 anak dalam pondok buruk... Beras 10kg habis dalam masa 2 hari ARTIKEL BERKAITAN: Sentuhan mekanik lumpuh masih berbisa! Sudah 7 tahun pemuda ini cari rezeki dari atas katil - “Nak buat benda lain saya tak pandai” Tambah pemilik bengkel itu lagi, lebih membuatkan dia geram apabila pelanggan yang berperangai seperti demikian mula mempertikai caj yang dikenakan oleh pihaknya. "Jangan nak acah-acah banding harga dengan kudrat kau yang tak tahu buat motor. Kau dah meletakkan level pomen aku macam sampah dengan apa yang mereka tolong kau. "Last kau tak boleh buat, kau kacau pomen aku buat kerja. Apabila pomen dah buat, peluh dekat dahi dah keluar, tangan dah hitam, memang patut kami cas," kongsinya. Minta tolong saja, upah teh ais ikat tepi pun tak ada... dah siap menonong keluar. NETIZEN Tidak mahu perkara sedemikian terus berlanjutan, dia terpaksa membuat teguran secara terbuka agar pelanggan dapat memahami situasi mereka. "Saya mohon maaf jika apa yang saya cakap agak kasar atau ada yang terasa. Harap faham orang berniaga," akhirinya. Warga maya membanjiri laman komen dengan pelbagai pandangan di mana rata-ratanya bersetuju dengan teguran yang disuarakan pemilik bengkel berkenaan. Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran pemilik bengkel berkenaan. "Alhamdulillah. Akhirnya tuan kedai bersuara. Penat tengok customer macam ni... mengganggu. "Sokong 100 peratus. Beli barang sendiri, buat sendiri, tool sendiri. Kawan tu kawan juga, adab kita sebagai customer kena jaga. "Ramai dah jumpa macam tu. Minta tolong saja... upah teh ais ikat tepi pun tak ada. Dah siap menonong keluar. "Orang jenis macam tu bolehlah halau bang... suruh dia cari bengkel lain," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube