suria

Nasi free flow, ayam besar! Tauke jual makanan murah sebab ‘tiada apa nak dikejar’, cepat kaya bukan sasaran

Nasi ayam penyet di restoran ini menyajikan set bermula pada harga RM9.90.

KETIKA ramai pengusaha makanan mula menaikkan harga seiring dengan peningkatan harga barangan, namun masih ada segelintir peniaga yang mengenakan 'harga marhaen' untuk pelanggan.

Bayangkan, nasi dan sup yang boleh ditambah 'unlimited' beserta dengan ayam bersaiz besar, siap dengan minuman harganya cuma RM9.90!

Menurut Ajann Rosman, restoran ayam penyetnya yang baru tiga bulan beroperasi di Seksyen 7, Shah Alam, sememangnya menyasarkan golongan pelajar institusi pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), justeru harga yang ditawarkan adalah sepadan dengan status 'student'.

"Konsep kedai aku ni, nasi boleh sodok berapa kali pun korang nak, sup pun sama. Cuma order la lauk yang korang nak makan, ayam atau lele (keli). Cuma jangan la sodok sampai tak ingat orang belakang.

penyet 2

Pelanggan boleh menyenduk nasi secara 'unlimited'.

"Aku faham kalau student ni makan memang nak kenyang je. Bagi aku untung sikit tak apa, tapi kena ada volume la. Aku jual set paling murah RM9.90 siap air," tulisnya dalam ciapan di laman X.

Jelasnya, meskipun menyasarkan golongan pelajar, pelanggan lain yang bukan tergolong dalam kumpulan tersebut tetap menikmati harga yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Murah sampai pelanggan takut! Peniaga warung jual makanan harga tak masuk akal, kesian dekat pelajar maahad

ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik tua jual 25 jenis lauk dalam kereta, harga RM5 ramai tak tergamak nak bayar - “Berniaga ke sedekah ni?”

Tambahnya lagi, menu yang ditawarkan buat masa ini adalah set ayam penyet, lele penyet, tempe penyet dan bakso bermula dengan harga serendah RM8.90.

Biarpun ada yang berpandangan harga yang ditawarkan terlalu murah dan tidak memberikan pulangan keuntungan yang besar, namun lelaki ini berkata apa yang menjadi keutamaannya adalah kepuasan pelanggan.

Saya support kedai yang tak kedekut nasi walaupun tuan kedai bukak kedai untuk sesuap nasi.

NETIZEN

"Member aku cakap niaga macam ni bila nak kaya? Bagi aku, tak ada apa yang perlu dikejar sangat. Aku pun baru nak masuk 25 tahun, banyak lagi benda yang aku kena belajar.

"Untung sikit pun tak apa, janji aku puas hati tengok customer aku makan," tulisnya lagi.

Perkongsianya di laman X sehingga kini meraih lebih 7,000 ulang kicau.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya memuji pendekatannya malah ramai yang memberikan maklum balas positif selepas menikmati sendiri hidangan di restorannya.

ayam

Ada yang turut meluahkan hasrat untuk melakukan infaq.

"Murah! Portion ayam boleh makan dua orang. Kalau student tu korang share-share la... nasi kan free flow.

"Saya support kedai yang tak kedekut nasi walaupun tuan kedai buka kedai untuk sesuap nasi.

"Semoga terus sukses, admire kejap muda-muda dah berkecimpung dalam bisnes. All the best!!" demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain