suria

Pasangan ‘cleaner’ kaki kencing! Pelanggan tunggu 2 hari tak muncul-muncul... Bagi alasan lokasi jauh, rugi redah ‘jammed’

Servis pembersihan rumah ke rumah sudah menjadi satu keperluan. -Gambar hiasan

KUASA viral sememangnya dapat menaikkan nama mahupun perniagaan sehingga dijadikan ‘senjata’ sesetengah individu untuk melariskan jualan.

Pun begitu, ia juga boleh menjatuhkan sesiapa sahaja dalam sekelip mata.

Begitulah yang berlaku terhadap seorang wanita yang menawarkan khidmat pembersihan secara bergerak di beberapa lokasi sekitar Selangor.

Dia sebelum ini tular di pelbagai platform media sosial selepas membuat hantaran penuh beremosi dengan mendakwa dianiaya seorang pelanggan yang enggan membuat bayaran.

Tangkap layar mesej perbualannya bersama wanita terbabit.

Sebahagian tangkap layar mesej perbualannya bersama wanita terbabit.

Susulan hantaran itu, ramai bersimpati dan ingin membantunya dengan mendapatkan servis pembersihan yang ditawarkan.

Peluang tersebut turut diambil seorang pelayar Facebook yang berhasrat ingin membantu wanita terbabit.

Dia yang kebetulan perlu mengosongkan rumah sewa meminta wanita tersebut datang untuk melakukan kerja pembersihan.

Namun malangnya, selepas dihubungi dan bersetuju untuk melakukan servis tersebut, wanita berkenaan tidak munculkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih cuci teres 2 tingkat, pasangan cleaner pulang hampa! Tuan rumah bayar upah separuh sebab kerja siap cepat

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja pembersihan termenung seorang diri, lelaki syak ada yang tak kena... Rupanya runsing tak cukup duit nak beli susu anak

“Niat nak bantu dia sebab nampak posting viral dia kena game owner rumah tak nak bayar.

“Akhirnya dia yang permainkan aku,” luah lelaki ini di halaman Facebook.

Bukan itu sahaja, wanita terbabit juga tidak memberi respons selepas meminta tempoh dilanjutkan pada keesokan hari.

Pun begitu, pelayar Facebook ini masih menunggu kehadirannya meskipun sudah memasuki hari kedua.

Baru nak pakai cleaner ni. Cancel.. mengarut pula deal dengan orang macam tu, punya banyak alasan.

WARGA MAYA

Malah tanpa diduga wanita terbabit sekali lagi memaklumkan dia tidak dapat hadir.

Bukan itu sahaja, dia turut memaklumkan tidak dapat melakukan kerja-kerja pembersihan seperti dijanjikan dengan menjadikan jalan sesak serta banjir kilat dan tempoh perjalanan yang lama sebagai alasan.

“Satu hal pula aku terpaksa extend hari serah kunci dengan penyewa rumah dan tong sampah roro, serius buang masa dua hari dengan dia.

Tugasan membersihkan rumah bukanlah mudah. -Gambar hiasan The Star

Tugasan membersihkan rumah bukanlah mudah. -Gambar hiasan The Star

“Lain kali jangan tamak, semua kerja kau nak sapu. Menyusahkan orang,” tambahnya lagi.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu yang pernah menghubungi dan mendapatkan servis wanita tersebut tampil berkongsi pengalaman.

“Tak payahlah. Memang banyak hal dia ni... nak deposit RM100 untuk booking, konon dah kena permain. Ini semua taktik, kemudian call tak jawab.

“Kejap kata boleh kejap tak boleh kemudian boleh pula, malas nak confirm orang macam ni, selamat dah cari orang lain,” ujar beberapa netizen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Tidak kurang juga yang mengkritik servis wanita tersebut kerana menyusahkan pelanggan sehingga menyebabkan kerugian.

Owner dah deal RoRo. Boleh pula senang-senang nak batalkan lepas setuju dua hari... kau betul-betul aniaya orang la cleaner terviral.

“Baru nak pakai cleaner ni. Cancel.. mengarut pula deal dengan orang macam tu, punya banyak alasan.

“Patut rasa semacam nak minta dia datang kemas rumah. Nasib baik Allah tak bagi saya teruskan niat walaupun saya dah mesej dia tanya-tanya.

“Kes tamak haloba... dah bagi peluang rezeki, dia main-mainkan orang pula. Masa kena scam habis dicanang sana sini,” tambah beberapa warga maya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain