suria

Nampak bisnes maju terus nak pinjam duit... Wanita ini dedah tak semua peniaga kaya, kedai ramai pelanggan tapi untung sikit

Wanita ini berkongsi realiti yang dihadapi golongan peniaga.

PERSEPSI kononnya pemilik sesebuah restoran yang dikunjungi ramai pelanggan beroleh kekayaan luar biasa mungkin tidak selalunya tepat.

Hal ini kerana perbelanjaan operasi dan kos bahan mentah semakin meningkat saban hari hingga menyebabkan untung yang diraih mungkin tidak seberapa.

Melalui satu perkongsian di platform Facebook, seorang peniaga memohon maaf dan menjelaskan sebab mengapa dia terpaksa menolak rayuan sesiapa sahaja yang berhasrat meminjam duit.

Pelanggan merupakan aset dalam sesebuah perniagaan. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, meskipun gerainya sering dilihat laku keras, pulangan yang berjaya dikumpul cukup sekadar untuk menyara kehidupan sehariannya.

"Siapa yang nak pinjam duit aku, aku minta maaf. Aku bukan kedekut tapi aku belum ada simpanan. Dalam akaun aku tak ada duit.

"Dalam dompet ni pun tinggal berapa ringgit je sebab dah beli barang. Ada banyak komitmen yang aku perlu lunaskan, sampai mak aku pun dah bising yang aku tak ada apa-apa simpanan untuk waktu kecemasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu tengok atap bocor, peniaga berputih mata roti canai terkena air hujan... Kejujuran dipuji, ramai doa murah rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan boikot, mi segera di kedai runcit kampung tak laku! Peniaga rayu tolong beli, kalau habis janji tak restock dah

"Aku hidup seharian macam ni je, cukup sekadar untuk hidup. Nampak macam dapat banyak (untung) daripada kedai yang ramai orang, tapi tak... sekarang barang mahal.

"Walaupun macam tu, aku tetap gembira dengan hidup aku. Kepada yang lain, jangan contohi aku yang tak ada simpanan langsung ni. Aku minta maaf sekali lagi, nak tolong tak mampu, doa boleh, jangan kecil hati ya," ujarnya.

Tambah peniaga itu lagi, realiti dunia perniagaan kini sudah berubah dek kerana keadaan ekonomi yang tidak begitu baik.

Hakikat yang pahit untuk ditelan, peniaga sekarang lebih ramai daripada pembeli... semua tengah bergelut cari rezeki.

WARGA MAYA

"Berniaga sekarang ni bukan macam dulu boleh menyimpan... tak ada semua tu, tak mampu. Barang sekarang mahal melampau.

"Kau nampak je aku ni macam senang, setiap hari kedai ramai orang beratur. Tak ada, aku pun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

"Aku ni kalau sehari tak berniaga, terus tak ada duit. Tengok je aku ni luaran macam hebat, dalaman ni sebenarnya kosong," kata peniaga itu meluahkan perasaan.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa simpati dengan nasib komuniti peniaga yang perlu menghadapi pelbagai cabaran.

"Hakikat yang pahit untuk ditelan, peniaga sekarang lebih ramai daripada pembeli. Semua tengah bergelut nak cari rezeki.

"Bagus akak ni berterus-terang, tak mengapa, Tuhan nampak keihklasan awak untuk berusaha mencari rezeki.

"Kepada si peminjam tu, cuba la untuk cari duit sendiri. Jangan nak berharap kepada orang je, sekarang ni masing-masing tengah struggle. Jangan nak cari jalan pintas," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain