suria

Lidah anak tercucuk dawai kokot, kemudian diri sendiri pula terkena! Ibu anggap peniaga sukun goreng terlalu cuai, bukan tak sengaja

Penggunaan dawai kokot adalah salah di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

KEBANYAKAN peniaga makanan masih berdegil apabila menggunakan dawai kokot (ubat stapler) untuk membungkus makanan biarpun penggunaannya dilarang.

Jika kita telusuri media sosial, sudah banyak perkongsian tentang warga maya terjumpa dawai kokot di dalam makanan yang dibeli mereka.

Bagaimanapun, masalah ini masih lagi berlaku seolah-olah peniaga tidak takut dengan denda yang bakal dikenakan.

Dalam satu perkongsian terbaharu, seorang wanita, Izza Howzin mendakwa terjumpa dawai kokot di dalam sukun goreng yang dibelinya.

kokot 1

Antara perkongsian warga maya yang pernah terjumpa dawai kokot dalam makanan. -Gambar hiasan

"Tadi Serra (anak) kunyah sukun goreng, lidahnya tercucuk bullet stapler atau dawai kokot... terus berhenti makan. Ini ibu pula kena.

"Kalau ikutkan law, tak boleh guna stapler untuk pek makanan. Tapi memang ramai guna termasuk diriku untuk mudahkan kerja packing makanan.

"Luar makanan untuk packaging kita (anggap) okay, tapi ini dalam bancuhan tepung," tulisnya dalam satu perkongsian di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekali dia bagi 10 zat besi” - Pelanggan dihidangkan ‘nasi kerabu 10 dawai kokot’, kalau makan gelojoh naya sangkut di tekak

ARTIKEL BERKAITAN: Beli pulut panggang dapat free 2 papan dawai kokot! Pelanggan kecewa peniaga buat tak acuh, minta maaf pun tidak

Tambah wanita berkenaan, dia membuat perkongsian di laman sosial kerana mahu memberi peringatan khususnya kepada para peniaga makanan supaya lebih memberi lebih perhatian kepada soal kebersihan dan keselamatan memandangkan ia boleh mengundang bahaya kepada nyawa orang lain.

Apatah lagi dakwanya, lebih daripada satu dawai kokot yang ditemui di dalam kuih sukun yang dibeli.

"Kita upload sebab dawai tu bukan satu tu saja. Mula anak yang kena lepas tu kita. Lepas tu check lagi, ada beberapa ketul dalam tepung tu.

Zaman sekarang ni payah nak cari rezeki, harap yang diberi peluang tu jagalah periuk nasi sendiri.

NETIZEN

"Tak ada orang yang sengaja nak bubuh dalam tu, tapi bila berketul-ketul, rasa terlalu cuai. Mungkin tak sengaja... tapi tolonglah.

"Kalau buka pek apa-apa yang ada dawai-dawai halus, jangan dekat-dekat adunan makanan. Kalau tertelan menyucuk ke jantung ke paru-paru, aniaya orang," kongsinya lagi.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman hampir sama dan meluahkan rasa kesal dengan sikap sebahagian peniaga yang kurang mengambil berat soal penyediaan makanan.

"Saya pernah jumpa dawai kokot dalam pulut panggang. Mujur deria rasa lidah masih aktif. Kalau tidak, dah tentu tertelan sekali.

komen kokot

Komen netizen terhadap perkongsian wanita berkenaan.

"Bahaya ni kalau terkena usus. Aduhai, zaman sekarang ni payah nak cari rezeki, harap yang diberi peluang tu jagalah periuk nasi sendiri... jangan ambil mudah benda macam ni.

"Di rumah aku memang diharamkan ada dawai ni... takut jadi macam inilah. Tak sengaja termasuk dalam makanan," demikian antara komen netizen.

Sebagai maklumat tambahan peniaga makanan yang didapati bersalah menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya di bawah Peraturan 36, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain