suria

Sakit mata tengok pekerja India pakai baju lusuh, bos bengkel kereta hadiah t-shirt baru - “Orang lain tak dapat tau, kerja elok-elok”

Seorang pekerja India kelihatan lebih bergaya selepas dihadiahkan baju baharu oleh majikannya.

MASYARAKAT yang majmuk dan berbilang kaum menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik di mata dunia.

Walaupun dengan perbezaan yang ketara seperti daripada segi kepercayaan, budaya dan warna kulit, rakyat Malaysia terbukti mampu untuk hidup bersatu dalam keadaan aman dan damai.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang majikan bengkel kereta membuatkan ramai cair hati kerana menghadiahkan sehelai baju baharu kepada pekerja berbangsa India.

Momen seorang pekerja berbangsa India menyarung baju baharu yang dihadiahkan majikannya.

Difahamkan pekerja yang senang disapa sebagai Raj itu adalah staf baharu di bengkel kereta tersebut.

Menurut majikan itu yang dikenali sebagai Khai, dia berasa kasihan melihat baju pekerjanya yang kelihatan lusuh mungkin kerana sering bermandi peluh melakukan kerja buruh.

"Hey adik, ini baju pergi tukar sekarang, tak mahu pakai (baju itu) lagi dah. Kita apabila kerja mekanik ni kena kemas," ujar Khai.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sanggup stop gunting rambut sendiri, segera hantar remaja India terlepas bas sekolah naik motor... Ramai approve jadi ikon permotoran!

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Cina cuba-cuba pakai samping, tapi nak terlondeh... Mujur ada pemuda Melayu tolong, terus makin segak!

Raj kemudiannya secara naif bertanya jika dia boleh terus menukar pakaian di situ sambil membuka paket plastik baju yang diberikan.

"Pergi la tandas!" kata Khai ringkas tetapi tegas.

Selesai menukar baju, Raj dilihat keluar dari bilik air dengan keadaan yang lebih segak tetapi dikatakan pakaian itu sedikit sendat dan bertanya jika mempunyai saiz baju yang lebih besar.

Semoga kau terus kuat Raj, sedikit demi sedikit ilmu aku akan kongsikan kepada kau.

KHAI

"Tak ada dah saiz lain, itu je yang ada. Baju ni awak seorang je yang dapat, orang lain tak dapat tau.

"Okay Raj, kerja bagi elok-elok ya," kata Khai memberikan semangat.

Pada ruangan kapsyen video yang dimuat naik, Khai berkata dia berharap untuk menjadi mentor yang baik kepada Raj.

"Walaupun kami berbeza bangsa, tidak tahu dari mana dia datang, aku tetap layan dia seperti kawan sebangsa aku.

"Raj ni masih kurang pengalaman dalam kerjanya dan agak perlahan sedikit, tapi aku suka semangat dia untuk bekerja.

Sebahagian komen warga maya.

"Semoga kau terus kuat Raj, sedikit demi sedikit ilmu aku akan kongsikan kepada kau, aku anggap kedatangan kau adalah ujian daripada Allah SWT," tulis Khai menutup bicara.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji teladan baik yang ditonjolkan Khai.

"Tersentuh hati saya sampai rasa nak menangis, dalam keluarga saya ada Iban, Cina, Dusun, Kadazan dan India, kita sayang antara satu sama lain kerana kita semua juga adalah manusia.

"Bagus abang ambil Raj bekerja, ramai majikan yang cakap nak experience apabila cari pekerja baharu. Tapi macam mana mereka nak ada experience kalau tak pernah diberikan peluang?

"Saya pernah ada kawan yang ambil pekerja fresh macam ni, dia latih selama bertahun-tahun, akhirnya jadi padu sampai boleh baiki enjin kereta seorang, tak perlu sesiapa tolong dah," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain