suria

Minah salih terkejut lihat hiasan Krismas di Malaysia, jauh beza berbanding AS

Perkongsian Lilith tentang perbezaan dekorasi Krismas di AS dan Malaysia tular menerusi TiKTok.

SETIAP kali tibanya Disember, kebanyakan pusat beli-belah di Malaysia akan dimeriahkan dengan dekorasi warna-warni sempena sambutan Hari Krismas.

Ia merupakan satu suasana biasa yang dilihat oleh kita, namun dianggap luar biasa oleh seorang wanita Amerika Syarikat (AS) yang kini sedang berada di Malaysia.

Menerusi perkongsian di TikTok, wanita itu yang dikenali sebagai Lilith mengakui terkejut melihat dekorasi bersaiz mega yang dibuat di pusat beli-belah negara kita.

Lilith berkata dia kagum dengan kemeriahan dekorasi Krismas di Malaysia.

Lilith berkata dia kagum dengan kemeriahan dekorasi Krismas di Malaysia.

Jelas Lilith, suasana itu jauh berbeza dengan tanah airnya meskipun kebanyakan penduduk AS adalah penganut Kristian yang meraikan Hari Krismas pada tanggal 25 Disember.

"Malaysia, bagaimana mungkin anda begitu meriah meraikan Krismas berbanding negara asal saya? Negara yang memiliki 63 peratus populasi penganut Kristian, berbanding Malaysia yang hanya memiliki sembilan peratus populasi (Kristian).

"Kamu begitu bersungguh-sungguh. Malaysia boleh. Terutamanya pusat beli-belah. Saya pergi ke AS, saya tidak melihat hiasan hampir seperti ini untuk Krismas," ujarnya kepada lebih 109,000 pengikut di TikTok.

Malaysia, bagaimana mungkin anda begitu meriah meraikan Krismas berbanding negara asal saya?

LILITH

Menurut Lilith, video itu dirakam ketika dia berkunjung ke pusat beli-belah di Menara Berkembar Petronas yang turut dikenali sebagai KLCC, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian sama, Lilith membuat rakaman video di hadapan sebuah pokok Krismas gergasi yang dianggap luar biasa dan tidak pernah dilihatnya di kota New York.

"Lihatlah pokok Krismas ini. Saya tak pernah lihat pokok Krismas setinggi ini di New York. Entahlah, saya tak pernah ke New York semasa Krismas, tapi pokok ini... walaweh," ujarnya dalam nada berseloroh.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Minah salih perlekeh Malaysia, bandingkan dengan AS... ‘Pak Arab’ TikTok tolong back-up! Tentera bawang pun tumpang sekaki

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya jujur dah tak sabar nak kembali ke Malaysia” - Minah salih ‘beku’ balik kampung, pelik orang kita suka negara sejuk

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakyat negara ini turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Lilith.

Menurut netizen, orang Malaysia bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara, apatah lagi jika ia melibatkan perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baharu Cina atau Krismas.

"Kita memang bersungguh-sungguh dengan semua benda kecuali kerja.

"Kami suka dekorasi. Waktu terbaik untuk membeli-belah dan dapat diskaun," ujar beberapa individu.

Pusat beli belah akan membuat dekorasi warna-warni setiap kali tibanya musim perayaan. -Gambar hiasan THOMAS YONG/The Star

Pusat beli belah akan membuat dekorasi warna-warni setiap kali tibanya musim perayaan. -Gambar hiasan THOMAS YONG/The Star

Menurut netizen lagi, perayaan juga menandakan cuti umum di Malaysia, sekali gus menyebabkan ia sentiasa dinanti-nanti oleh semua orang.

"Makin banyak perayaan, makin banyak cuti kami dapat. Yahoo.

"Kami suka perayaan sebab ia melibatkan cuti umum.

"Selagi dapat cuti setiap kali ada perayaan, kami memang akan raikannya," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain