SAHABAT merupakan insan yang paling rapat dengan kita malah ada kalanya lebih akrab berbanding darah daging sendiri. Seseorang itu dianggap bertuah apabila dipertemukan dengan seorang kawan sejati yang amat mengambil berat dan boleh mengajak ke arah kebaikan. Menerusi satu video tular yang dikongsi Hawa Johanis di TikTok, dia kelihatan menangis di dalam kereta selepas menerima hadiah dan surat daripada sahabatnya. Menurut Hawa, dia terlihat satu beg kertas diletak di celah tilam di rumah sewanya yang mengandungi hand socks (sarung lengan) dan sepucuk surat yang diberikan oleh sahabatnya bernama Aisya. Hawa membaca surat tersebut di dalam kereta yang mana di dalam surat itu Aisya memberi teguran secara sopan mengenai sikapnya yang dilihat semakin tidak menjaga aurat sepenuhnya seperti dahulu. Hawa menerima hadiah sarung lengan daripada sahabatnya. "Saya sengaja mengada-ngada tulis surat ni. Sejujurnya saya nak beritahu yang saya rindu sangat awak yang saya pernah kenal. Yang jaga aurat, hand socks tak tinggal, dan tudung pun tutup dada orang kata. "Sebab awak satu-satunya kawan yang rapat dengan saya dan jaga semua tu. Pertama kali ada kawan macam ni. Saya sendiri tak macam ni. Awak banyak beri inspirasi pada saya. "Tapi Hawa... bila awak dah kurang jaga semua tu saya tertanya. Sejauh mana dunia ni sudah ubah awak? Kejamnya dunia ni dekat awak. Kenapa awak jadi macam ni?" demikian antara isi kandungan surat itu yang dibaca Hawa. ARTIKEL BERKAITAN: Rosak mood! Tengah ambil video ‘healing’, 3 sahabat kena tegur dengan ‘couple perasan’ - “Dik, jangan rakam kami boleh tak” ARTIKEL BERKAITAN: Kawan yang baik akan tutup aib sahabatnya... 5 sifat perlu ada untuk mencari sahabat Tegas Aisya, perubahan diri Hawa dan persoalan yang timbul ini bukanlah bermakna dia mula membenci sahabat kesayangannya itu. Mengakui dirinya juga tidak sempurna untuk mempersoalkan tindakan Hawa, dia turut memberitahu teguran melalui surat dibuat bagi mengelak Hawa terguris hati jika ditegur secara berdepan. "Awak pernah jaga semua tu tetapi sekarang sudah kurang. Awak tak rindu ke diri awak yang dulu? Kalau rindu cuba perlahan-lahan ubah balik. Kalau tak rindu pun cuba juga. Ada kawan baik macam ni rezeki tau. Jaga dia baik-baik. Semoga Hawa pun terus kuat. NETIZEN "Saya doakan awak boleh ubah balik diri awak. Kata nak masuk syurga sama-sama. Kalau saya tak dapat masuk pun, awak kena masuk tau. "Minta maaf ye kalau apa saya cakap ni buat awak terasa. Minta maaf juga sebab saya tak berani nak tegur bab-bab macam ni. Ini hadiah yang tak seberapa. Saya tahu awak ada banyak je benda ni tapi saja je bagi," kata Aisya lagi menerusi surat yang ditulis. Membacakan bait-bait surat tersebut, Hawa kelihatan sebak dan tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir dipercayai terharu dengan keikhlasan Aisya dalam bersahabat dengannya. Selesai membaca surat itu, Aisya kebetulan tiba dan masuk ke dalam kereta serta duduk di tempat duduk penumpang hadapan. Namun, Hawa langsung tidak melenting malah dilihat memeluk penuh erat sahabatnya itu sebagai tanda berterima kasih dan menghargai teguran diberikan. Komen netizen pada video. Video tersebut meraih lebih 1 juta jumlah tontonan setelah dimuat naik oleh Hawa di TikTok. Rata-rata netizen meluahkan rasa terharu mengetahui butiran surat itu dan menganggap Hawa dikurniakan rezeki memiliki sahabat sebaik Aisya. "Ada kawan baik macam ni rezeki tau. Jaga dia baik-baik. Semoga Hawa pun terus kuat. "Percayalah dalam banyak-banyak kawan, kawan macam ni yang perlu Hawa hargai. Tak semua orang boleh tegur dan berani cakap bab ni. "Bestnya ada sahabat macam ni. Jaga persahabatan tu sampai ke syurga," komen netizen pada video. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube