suria

Pelik minum air tin ada banyak ketulan, rupanya lalat! Doktor sahkan keracunan makanan, lelaki cadang bawa kes ke mahkamah

Bendasing berwarna hitam disyaki lalat (kiri) yang berada di dalam minuman tin lelaki berkenaan. -Gambar FB Tanya Peguam

KITA sering disajikan dengan perkongsian pengalaman oleh individu yang menemui bendasing dalam makanan yang dinikmati atau dibeli di restoran atau kedai makan.

Rambut atau serangga lazimnya menjadi bendasing paling popular yang ditemui di dalam hidangan.

Namun insiden yang dilalui oleh seorang lelaki ini agak luar biasa apabila dia mendapati terdapat beberapa ekor lalat di dalam minuman tin yang dibeli di mesin layan diri (vending machine).

Menurut lelaki berkenaan, dia hanya menyedari kehadiran bendasing itu selepas meneguk kira-kira satu perempat minuman tin tersebut kerana berasa terdapat ketulan di dalam mulutnya.

"Beranggapan ini perkara normal kerana air yang tidak digoncang, saya teruskan minum. Namun rasanya makin tidak menyenangkan.

"Saya cuba cungkil ketulan itu. Saya terjumpa seketul bendasing disyaki lalat. Lantas saya terus muntah, dan banyak lagi bendasing itu bersama," kongsinya.

A family buying water at the vending machine in the R&R Rawang Arah Utara before continuing their journey to hometown during the first day of Recovery Movement Control Order (RMCO) on Wednesday. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. June 10, 2020.

Mesin layan diri (vending machine) yang biasa ditemui di lokasi tumpuan awam. -Gambar hiasan/Izzrafiq Alias/TheStar

Terkejut dengan penemuan serangga di dalam minuman bertin dan bimbang perkara tersebut memberi kesan kepada kesihatannya, lelaki berkenaan segera membuat pemeriksaan di klinik.

"Saya terus ke klinik berdekatan dan doktor refer ke hospital bagi medical check-up sepenuhnya.

"Hasil medical check-up, confirm food poison,diarrhea dan blood cell within range. Closely monitor. Doctor telah utarakan issue ini ke pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan daging dalam kuah, rupanya tali mop!” - Dua beradik rasa nak muntah makan roti canai banjir, selepas mengadu tetap kena bayar!

ARTIKEL BERKAITAN: Lidah anak tercucuk dawai kokot, kemudian diri sendiri pula terkena! Ibu anggap peniaga sukun goreng terlalu cuai, bukan tak sengaja

Sementara itu, saki baki air minuman yang masih mengandungi lalat disimpan sebagai bukti untuk tindakan selanjutnya.

Dia turut memuat naik dua keping gambar minumannya yang mengandungi 'bendasing' yang disyaki lalat, bersama perkongsian yang dibuat.

"Lokasi saya minum mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) sekiranya dispute (mengundang pertikaian).

Lepas ni nak minum air di vending machine wajib tuang dalam cawanlah.

NETIZEN

"Saya masih mencari food test lab di sekitar Kuala Lumpur untuk laporan lengkap. Saya juga sedang mencari peguam yang sudi bersama dalam kes ini," kongsinya di dalam laman grup Facebook Tanya Peguam, bagi meminta pandangan daripada warga maya.

Menjengah ruangan komen, warga maya memberikan reaksi bercampur namun rata-ratanya menasihatkan supaya lelaki berkenaan mengambil tindakan undang-undang agar perkara sedemikian dapat dijadikan pengajaran buat pihak yang terlibat.

komen lalat

Antara komen netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan.

"Macam kes Donoghue v Stevenson (1932). Tort negligence. Dalam beer ada decompose snail. Boleh baca kes ni.

"Perh, lepas ni nak minum air di vending machine wajib tuang dalam cawanlah.

"Vending machine yang guna cup tu pun kena beware sebab kadang serangga suka kat dispenser minuman tu. Dah kena dulu, nasib baiklah dalam cup tu boleh nampak.

"Kilang patut dipersalahkan. Pernah dua kali beli sirap kordial. Dua-dua terasa cockroches. Lepas tu boikot, malas nak beli kordial dari jenama tu," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain