ANGGOTA polis perlu berdepan pelbagai cabaran dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat. Ketika menangani kegiatan jenayah atau sebarang perkara yang mengancam keselamatan komuniti, anggota polis ada kalanya juga boleh berdepan dengan kes misteri. Melalui satu video tular di TikTok, seorang anggota polis ketika membuat rondaan malam terserempak dengan seorang wanita lanjut usia yang sedikit janggal perwatakannya. Perbualan antara anggota polis dengan seorang warga emas pada larut malam. Warga emas tersebut dilihat duduk berseorangan dalam kegelapan malam di bahagian anjung luar sebuah restoran yang sudah ditutup. Berasa sangsi dengan wanita itu, polis tersebut cuba bertanyakan khabar kepadanya. "Aunty, you buat buat apa dekat sini? Terkejut saya tengok. Selalu ke duduk sini?" soal anggota polis tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Polis sibuk ‘tembak’ kereta, budak masjid ajak borak! Banyak kenderaan laju ‘terselamat’ - “Uniform ni panas tak?” ARTIKEL BERKAITAN: Acah-acah tanya stesen minyak masa roadblock, dapat jawapan terus masuk gear... Mujur abang polis bijak, sah pemandu buat salah! Menurut anggota polis itu, kejadian berlaku sekitar pukul 3 pagi dan lokasinya dirahsiakan. Apa yang paling mengejutkan apabila warga emas tersebut memberitahu restoran itu sedang dibuka walaupun ia jelas kelihatan tidak beroperasi. "Kedai ini buka, pergi la tengok dekat dalam. Ada dua orang perempuan dan seorang lelaki, nama dia Amirul. Aunty tu sebut je nama Amirul, saya terus rasa meremang satu badan. WARGA MAYA "Saya lepak je dengan budak-budak di sini. Bos kedai tak marah pun, saya tolong sekali jaga tempat ni," kata wanita itu yang dipercayai berusia 56 tahun dan tidak mempunyai anak. Tambah anggota polis itu lagi, warga emas berkenaan sangat peramah dan turut mengajaknya bersantai di restoran tersebut. "Saya tak mahu la aunty lepak dekat sini, kedai ni tutup saya dah tengok. Dekat dalam pun tak ada sesiapa, saya tak nak masuk kedai. "Jom la aunty saya hantar you balik," kata anggota polis tersebut yang mula berasa tidak sedap hati. Namun begitu, wanita berkenaan sopan menolak pelawaan anggota polis itu untuk menghantarnya pulang. Kereta peronda polis memantau persekitaran pada waktu malam. -Gambar hiasan The Star Setelah tidak 'makan' pujukan, anggota polis itu terpaksa meninggalkannya untuk meneruskan rondaan, tetapi sekembalinya ke lokasi sama 10 minit kemudian, dia sudah tiada. Di ruangan kapsyen, dia mengakui timbul rasa gentar dalam diri namun perasaan itu diketepikan kerana sedar sedang menggalas amanah menjalankan tugas. "Betulkan niat yang paling utama, tetap tenang menghadapinya. Saya harap aunty yang saya tegur tu wujud dan bukan khayalan semata. "Mungkin Amirul itu selalu membantu aunty dan dua perempuan tu selalu menjaganya sehingga aunty itu tidak lupa kepada mereka. "Pesanan untuk diri sendiri, walau apa pun kehidupan seseorang itu, kita tidak boleh merendahkannya kerana dunia ini berputar. Sebahagian komen warga maya. "Tiada kebaikan yang kita boleh peroleh dengan merendahkan orang di sekeliling," ujar anggota polis itu menutup bicara. Melewati ruangan komen, warga maya berpandangan sebagai anggota penguatkuasa, seseorang itu sudah tentunya tidak dapat lari daripada kes atau kejadian aneh. "Paranormal memang sentiasa ada dengan kita, waktu aunty tu cakap ada orang dalam kedai, saya macam nampak ada bayang dekat pintu. "Aunty tu sebut je nama Amirul, saya terus rasa meremang satu badan. "Abang polis, ini saya kongsi amalan sebelum bertugas malam, amalkan Bismillah lima kali dengan doa tawakal," demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube