suria

Meriah pengantin Army bawa 7 ahli BTS naik pelamin, pasangan sporting sempat berseloroh faham dirinya jadi ‘suami kelapan’

Tangkap layar video perkongsian Ena yang tular di TikTok.

MINAT seorang wanita terhadap kumpulan K-pop BTS sejak 2021 dibawa hingga ke jenjang pelamin!

Begitulah sambutan di majlis perkahwinan Ena Izzati Jamri pada 3 Disember lalu yang gamat apabila standee (papan berdiri) ketujuh-tujuh ahli kumpulan popular dari Korea Selatan itu turut dibawa bersama.

Bercerita kepada mStar, wanita berusia 25 tahun ini tidak menyangka kesemua ahli keluarga menyokong minat dan sanggup menuruti permintaannya pada majlis bersejarah itu.

"Saya minta keluarkan sepanduk kesemua ahli BTS tu untuk content (kandungan) semata-mata sebab suami dan keluarga tahu saya memang dah lama minat mereka ni.

"Saya ada sepanduk tu dari tahun 2022 lagi. Sebelum ni, setiap kali saya adakan majlis kecil-kecilan dengan Armyies (gelaran peminat BTS) memang saya bawa.

Ena dan Nasrul selamat disatukan pada 3 Disember lalu.

"Jadi untuk hari bahagia saya pun, saya abadikan kenangan dengan minta bantuan pengapit, adik-adik dan sepupu untuk bawa naik ke pentas bergambar. Lagi pula, ada ramai juga dalam famili saya minat BTS," ujarnya.

Bercerita mengenai majlis yang berlangsung, dia yang lebih senang disapa Ena memilih untuk bersanding di Royal Mustika Ballroom di Klang, Selangor.

Sebagaimana dinyatakan, suaminya, Muhamad Nasrul, 25, begitu 'sporting' malah memberi sokongan untuk standee itu dibawa ke majlis sebagai tanda menghargai dan memahami minat isterinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dedahkan RM (BTS) bakal berkahwin, mula kenal seorang wanita ketika sesi bertemu peminat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur... Tapi mengadu foto kahwin hanya belakang TV!

Bertambah meriah majlis apabila wanita yang menjana pendapatan sebagai pencipta kandungan ini turut menjemput beberapa kenalan Armyies lain untuk hadir.

"Dulu saya akan usung sendiri semua standee tu pergi event screening dengan Armyies Malaysia. Memang dah selalu sangat saya bawa.

"Sekarang pun keluarga kedua-dua belah pihak faham minat dan okay saja bila saya bawa pula ke atas pentas pelamin. Rakan-rakan Armyies pun ada yang dijemput.

"Saya terharu apabila semua sokong minat saya sampai macam ni sekali. Ayah sanggup bawa standee tu dari rumah di Klang ke dewan," katanya lagi.

Saya suruh suami tunjuk lambang '7' sebagai trademark BTS tapi Nasrul tunjuk lapan jari menyatakan dia suami saya yang ke lapan.

ENA IZZATI

Memandangkan standee tersebut kerap digunakan, bahagian leher salah seorang ahlinya iaitu Jimin kelihatan sudah patah disebabkan akrilik digunakan mudah rosak (fragile).

Menggamatkan suasana majlis apabila suaminya sempat berseloroh sewaktu sesi mengambil gambar di atas pelamin.

"Saya bersyukur dapat suami yang faham dan sokong minat saya. Dia pun okay je dengan apa saya buat.

"Masa dalam video tu saya suruh suami tunjuk lambang '7' sebagai trademark BTS tapi Nasrul tunjuk lapan jari tanda faham dia adalah 'suami' saya yang kelapan. Tapi itu hanyalah gurauan dia saja," katanya.

Video yang dikongsi menunjukkan suasana majlis yang meriah dan barisan tujuh 'anggota' BTS di pentas mendapat perhatian ramai sehingga ia tular di TikTok.

Rakan-rakan Armyies turut hadir memeriahkan majlis.

Ena juga sempat menitipkan pesanan buat orang ramai supaya berpada-pada dalam melakukan sesuatu sekiranya mereka sangat meminati artis tertentu.

"Bagi saya, tak ada salahnya untuk kita minat selagi tahu batasnya. Nasihat saya, teruskan minat dan buat sahaja apa yang anda rasa nak buat sebab peluang macam ni tak selalu ada.

"Bagi mereka yang mak marah nak buat majlis macam ni, saya tak boleh nak kata lebih-lebih sangat sebab bagi saya setiap orang ada pendirian dan pendapat masing-masing," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain