JODOH yang berpanjangan pastinya menjadi impian setiap insan. Dalam memastikan hubungan yang stabil, kepercayaan dan ketelusan sesama pasangan seharusnya menjadi keutamaan. Namun, melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki berkongsi kisah tragis bagaimana dia dikhianati teman wanitanya ketika berada dalam perhubungan jarak jauh (LDR). Hubungan romantis merupakan sesuatu yang kompleks untuk dibicarakan. -Gambar hiasan Lebih merobekkan hati lelaki itu, apabila teman wanitanya sebelum ini dikatakan sanggup berkongsikan live location di dalam telefon pintar supaya pergerakan dan keberadaannya boleh dipantau, sebagai jaminan dia berlaku jujur. Meskipun dilihat tidak kekok untuk berterus-terang, teman wanita itu pada akhirnya tetap licik menduakan lelaki tersebut. "Aku rasa aku ni dah cukup 'pemenang' sebab boleh dapat live location dia (teman wanita) tapi rupanya aku adalah manusia yang paling rugi. Aku cuma tahu dia pergi mana, tapi aku tak pernah tahu dia buat apa dan dengan siapa. ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun LDR, hati wanita ini mula goyah berjauhan dengan ‘boyfriend’... Lebih parah tersuka suami orang! ARTIKEL BERKAITAN: Hati ‘menjerit’ nak kahwin! Dulu tak suka rakan sekelas, lama-lama jadi sayang... Gadis Sungai Petani lega bapa bagi ‘green light’ "Aku ni terlalu bodoh sebab aku bangga dengan dapat live location dia, rupanya hidup-hidup aku ditipu. Aku ingat LDR kami ni dah selamat sebab ada live location dia, rupanya jauh sama sekali. "Orang kalau nak tipu dengan macam-macam cara dia boleh buat, dia boleh je cakap yang dia dah sampai restoran dan dia seorang je dekat situ, tapi itu sebenarnya penipuan. "Kepada yang lain, janganlah mudah tertipu dengan live location ni. Dalam hal aku ni, yang betul pemenang adalah lelaki yang selalu jumpa awek aku waktu aku tengah berjauhan," ujarnya kesal. Syukur aku single, tak perlu pecah otak fikir semua ni... nasib kalian la macam tu. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mula berasa trauma dan tidak senang duduk apabila melihat perkongsian lelaki tersebut. "Jangan la bagi saya overthink bang, saya selalu dapat gambar, video serta live location daripada girlfriend saya. Tapi kalau macam ni jadinya, saya kena berkepit dengan dia setiap masa. "Tengok live location di rumah, rupanya tak keseorangan, ada yang lain sekatil. Sebab tu pentingnya dua-dua lelaki dan perempuan kena jujur. Kalau seorang buat mula buat onar, memang tak jalan. Sebahagian komen warga maya. "Aku nak video call awek aku setiap masa la selepas ni, tapi nanti dia rimas pula kata aku mengongkong, aduh pening la. "Syukur aku single, tak perlu pecah otak fikir semua ni, nasib kalian la macam tu," kata warga maya bertukar pandangan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube