NASI lemak sebagai makanan kegemaran rakyat Malaysia boleh dinikmati pada bila-bila masa dan tidak terhad ketika sarapan pagi sahaja. Hidangan klasik ini kebiasaannya terdiri daripada nasi bersantan, sambal, ikan bilis, timun dan juga kekacang. Bagi melengkapkan sajian, nasi lemak juga akan disajikan bersama telur rebus atau telur mata. Nasi lemak menepati citarasa masyarakat Malaysia. -Gambar hiasan Namun, melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki menzahirkan rasa kecewa apabila nasi lemak yang dipesannya turut datang dengan elemen tambahan. Menerusi video yang dikongsikan, lelaki itu menunjukkan ulat bergerak-gerak di atas telur kuning di dalam nasi lemak yang dibelinya dari sebuah gerai. Lelaki tersebut mengesyaki bahawa telur rebus itu sudah disimpan lama daripada yang sepatutnya sehingga menyebabkan ia rosak. ARTIKEL BERKAITAN: “Dah buat salah menjawab pula!” - Netizen panas hati peniaga char kuey teow cuai, simpan telur tembelang berulat ARTIKEL BERKAITAN: Terbantut staf ‘gomen’ nak bincang tender, si batik masuk bilik mesyuarat! Elok melingkar atas meja hidang makanan "Aku nak pesan sikit la dekat penjual nasi lemak ni, kalau telur tak habis, jangan simpan bawa pergi esok. "Kau tengok ni aku dah makan separuh, baru perasan telur kuning banyak ulat," kata lelaki tersebut geram kerana dianiaya sebegitu rupa. Lelaki tersebut kemudiannya menjelaskan bahawa dia membeli nasi lemak itu dengan harga RM5 dari sebuah gerai di sekitar Shah Alam, Selangor. Kenapa la sanggup buat macam ni, nak bagi orang makan jangan la sambil lewa sampai risikokan nyawa pelanggan. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, warga mya secara berseloroh berkata ulat itu bagus untuk dimakan sebagai protein. "Patut berterima kasih dekat penjual tu bang, dia ikhlas bagi ekstra protein secara percuma, baru sihat tubuh badan. "Ini serius bertanya, waktu makan nasi lemak tu ada rasa masin-masin tak , teringin nak tahu apa rasa ulat putih ni. Sebahagian komen warga maya. "Sama la kita bang, pernah senasib, kalau tengah lapar makan laju memang tak nampak dah ulat tu," kata warga maya berjenaka. Tidak kurang juga netizen yang menggesa supaya pengusaha restoran dan gerai makan mengambil serius hal kebersihan dalam penyediaan makanan. "Ini mesti telur yang dah disimpan lebih dua hari ni. "Kenapa la sanggup buat macam ni, kita nak bagi orang makan jangan la sambil lewa sampai risikokan nyawa pelanggan. "Tahu nak cepat kaya je, itu yang sanggup ambil jalan mudah orang macam ni," ujar warga maya bertukar pandangan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube