suria

Tersepak bekas duit peminta sedekah, toleh belakang ramai pandang serong... Pemuda tak tolong kutip, terus pergi isi perut

Menjaga hubungan baik sesama manusia merupakan satu tuntutan agama. -Gambar hiasan

SETIAP manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.

Namun perkara yang lebih mustahak adalah untuk seseorang itu mempelajari daripada kekhilafan dirinya dan berubah menjadi insan yang lebih baik.

Melalui satu video tular di TikTok, seorang pemuda meluahkan rasa penyesalan susulah tindakannya yang digambarkan sebagai biadab terhadap individu peminta sedekah.

Setiap orang mempunyai lembaran kisah hidup masing-masing. -Gambar hiasan

Menerusi video itu, pemuda tersebut menjelaskan dia secara tidak sengaja menyepak bekas duit milik seorang lelaki lanjut usia yang sedang duduk bersila di atas lantai.

"Tadi aku pergi ke pasar raya di Mergong, Kedah. Tiba-tiba aku tersepak bekas duit seorang pakcik ni," kata pemuda itu membuat pengakuan.

Namun, berikutan rasa malu yang meresap ke dalam diri, pemuda tersebut lantas berlalu pergi bagi menyelamatkan air mukanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena aniaya, peniaga terus ‘blocked’ pelanggan biadab! Suka hati suruh COD Thai salad roll hari lain

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM nak minta kerja tapi biadab, ‘menjawab’ disuruh beri resume - “Saya bukan apply HR atau akauntan”

"Dah jadi macam tu aku terus gerak pergi makan, sebab apabila aku toleh ke belakang ramai yang tengah tenung aku," ujar pemuda berkenaan mengimbas semula situasi.

Walaupun begitu, timbul rasa bersalah dalam diri pemuda itu apabila mengenangkan pakcik tersebut terkapai-kapai mengutip semula duitnya.

"Habis makan aku patah balik pergi dekat pakcik tu dan minta maaf, yang jadi sebaknya sebab pakcik tu tak simpan dendam dekat aku.

Bagus bro common sense dah ada tapi tindakan jangan tangguh, syukur sebab kau sedar.

WARGA MAYA

"Dia siap cakap, tak mengapa adik, jangan fikir apa sangat. Allahu pakcik, semoga Allah permudahkan segala urusan pakcik," kata pemuda itu insaf.

Pada ruangan kapsyen, pemuda itu sekali lagi menyatakan dia berada di pihak yang salah dalam hal tersebut.

"Semoga pakcik selalu sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Aku minta maaf kesilapan tadi. Aku bukan orang baik tapi aku cuba memperbaiki diri untuk menjadi baik.

"Kali pertama jadi macam ni seumur hidup, aku macam kaku dan blur nak buat apa, mungkin itu sebab aku tak terus tolong pakcik tu," jelasnya.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memuji pemuda itu yang berani mengakui kesilapannya.

"Bagus bro common sense dah ada tapi tindakan jangan tangguh, syukur sebab kau sedar.

"Pertama sekali, itu memang silap kau. Keduanya yang paling penting, kau sedar kesilapan kau, mantap anak muda.

"Terima kasih bro sudi kongsikan kisah, pengajaran di sini jangan cepat nak menghakimi orang kalau apa-apa berlaku. Setiap benda depan mata kita pasti ada kisah di sebaliknya," kata warga maya memberikan kata semangat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain