suria

Rider minta baiki skrin telefon, janji bayar ansuran RM10... Bos kedai komputer tersentuh terpandang lampu motor pecah, tempat duduk diikat

Telefon rosak ketika bertugas antara cabaran yang sering dihadapi penghantar makanan. -Gambar hiasan / Google

SEBAGAI penghantar makanan, penggunaan telefon bimbit amat penting bagi melancarkan urusan kerja mereka.

Jika telefon bermasalah, ia akan menjejaskan rutin harian dalam mencari rezeki.

Seperti cerita lelaki ini, dia didatangi seorang penghantar makanan ketika menikmati sarapan sebelum menghadiri ke sebuah sekolah bagi menyampaikan ceramah.

“Tengah sarapan, tiba-tiba datang seorang ni. Dia perkenalkan diri. Maaf Encik Abu, saya ada PM (mesej secara peribadi). Guna telefon orang, ini telefon saya rosak.

“Dia tunjukkan skrin telefon pecah. Oh ye ke? Maaf tak perasan ada PM. Itulah, saya nak minta tolong, nak baiki tapi saya bayar sikit-sikit boleh?

Maaf, saya kerja rider saja. Cuma cukup untuk anak isteri makan. Nak baiki tu saya bayar RM10 perlahan-lahan boleh?” tulis Muhammad Abu Hurairah Roslan di Facebook.

Penghantar makanan mencari rezeki demi menyara kehidupan keluarga. -Gambar hiasan

Berkongsi cerita, personaliti media sosial yang mesra disapa Ustaz Abu itu berkata, kejadian berlaku pada pagi Isnin ketika dia menikmati sarapan di Damansara, Selangor sebelum ke sebuah sekolah untuk muzikal tazkirah dan mengadakan ceramah buat pelajar-pelajar mengenai kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perut lapar sangat, RM5 tak boleh keluar dari ATM! Rider rayu ihsan penjual tauhu bergedel - “Saya transfer RM5, abang bagi duit tu dekat saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Terpaksa hutang beli beras, telur nak isi perut anak... Rider ibu tunggal ini hampir ‘patah kaki’, motosikal nak kena angkut

“Dia PM saya, perlukan bantuan untuk baiki telefonnya yang rosak. Kedai komputer saya pun boleh baiki telefon sebab ada pekerja yang pakar membaikinya.

Rider tu berusia lingkungan 30-an, datang bersama dua anak perempuan yang bersekolah rendah. Kedua-dua anaknya memakai uniform.

“Dia nak hantar anaknya ke sekolah sebelum mula bekerja. Kebetulan dia nampak saya sedang makan, rupanya rumah dia di sekitar situ,” kata penceramah itu kepada mStar.

Pekerja membaiki telefon yang rosak. -Gambr hiasan

Abu Hurairah yang juga dikenali sebagai Tat Abu mengakui terkejut melihat motosikal milik penghantar makanan itu dalam keadaan yang menyedihkan.

“Lampu depan motor dia pecah. Tempat duduk diikat dan banyak yang terkoyak. Memang uzur, motor lama.

Ada rider tak kerja sebab telefonnya rosak sedangkan mereka berjuang untuk mencari rezeki.

MUHAMMAD ABU HURAIRAH ROSLAN

“Sedangkan telefon dia pun rosak. Kadang rider terlanggar lubang, telefon jatuh. Kadang, kereta tak bagi signal, kemudian berlaku kemalangan sampai skrin telefon pecah,” ujar penceramah itu.

Menurut bapa kepada lima cahaya mata itu lagi, tugas sebagai penghantar makanan juga sering terdedah kepada banyak risiko membuatkan dia terdetik hati untuk menawarkan bantuan.

Abu Hurairah mengusahakan kedai komputer.

“Sebab antara pesan dan kesukaan nabi adalah memberikan orang makan untuk orang lapar. Maka dengan meringankan beban orang lain, moga nanti Tuhan akan mudahkan urusan saya.

“Sebagai penghantar makanan, telefon adalah nyawa mereka. Kadang, ada rider tak kerja sebab telefonnya rosak sedangkan mereka berjuang untuk mencari rezeki,” katanya yang mempunyai lebih 100,00 pengikut di Facebook.

Mengimbas kembali perbualan mereka, Abu Hurairah meminta penghantar makanan itu menghantar telefon yang rosak ke kedainya di Plaza Imbi, Kuala Lumpur untuk dibaiki.

Malah dia berjanji untuk membaikinya dahulu tanpa menyatakan mengenai kaedah pembayaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain