suria

Dekan fakulti muzik UPSI tunjuk bakat di majlis konvo, lincah menyanyi sambil menari... Ramai puji, bukan sekadar ‘prof teori’

Persembahan lagu Kerna Dia oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Fazli Taib bin Saearani (Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan).

IBARAT menonton konsert!

Itulah antara komen yang dilontarkan hadirin sidang Istiadat Konvokesyen Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) ke-25, baru-baru ini.

Malah beberapa video persembahan nyanyian ketika selingan istiadat berkenaan yang dimuat naik di laman TikTok baru-baru ini, menjadi tular sehingga meraih pujian daripada warga maya.

Antara video yang mencuri tumpuan adalah persembahan oleh Dekan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Upsi, Prof Madya Dr Muhammad Fazli Taib Saerani, yang membawakan lagu Kerna Dia dendangan Yasin Sulaiman, dengan diiringi kombo unit pemuzik daripada fakulti yang sama.

"Ini baru betul-betul Prof, boleh buat persembahan. Bukan teori sahaja.

"Terbaik Prof, boleh masuk Gegar Vaganza ni.

"Macam mana dia boleh curi nafas lepas gigih menari? Suara clear dan tak dengar suara semput pun masa menyanyi," demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap video yang meraih lebih 374,000 jumlah tontonan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Azlan Typewriter, majlis konvo jadi konsert! Graduan pemalu gamatkan dewan, tak percaya dirinya mampu buat ‘show’ sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai ‘goosebumps’ dengar graduan ini nyanyi lagu ‘Cinta’, setanding AJL! Istiadat konvokesyen bertukar jadi konsert solo

Berkongsi mengenai persembahan di istiadat berkenaan, individu yang bertanggungjawab selaku Pengarah Muzik bahagian kombo, Kartina Shahardin berkata, persembahan Prof Madya Dr Muhammad Fazli adalah salah satu daripada 22 persembahan sepanjang lapan hari istiadat konvokesyen di bawah seliaannya.

"Sepanjang lapan hari istiadat, terdapat 22 persembahan selingan dengan lagu-lagu yang bersesuaian untuk setiap sesi. Contohnya pemilihan lagu itu mengikut tema teks Naib canselor atau tema solidariti untuk Palestin.

KONVO 4

Persembahan lagu Medley Rock 90an (Dalam Gerimis, Luka Seribu Rindu & Kembali Merindu) oleh Muhammad Faizlan (kiri) dan vokalis Projektor Band, Daniel Haziq (kanan).

"Pemilihan Prof Fazli ini, ideanya datang daripada kami. Mengapa tidak kita cipta sesuatu yang lain sedikit tetapi tetap menjaga kualiti serta standard.

"Apabila kami pelawa, beliau terkejut namun menyatakan kesudian. Lagu Kerna Dia adalah lagu pilihannya sendiri. Sebenarnya bukan senang nak menari sambil menyanyi tapi beliau memukau hadirin.

"Selama 25 tahun konvokesyen, belum ada ahli akademik buat persembahan dan inilah kali pertama. Dan tak sangka, ia mencuri tumpuan ramai dan videonya viral di TikTok," ujar wanita berusia 38 tahun ini.

KONVO 3

Line-up kombo turut disertai oleh 2 orang pensyarah Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Nazmi (gitar utama, kanan sekali) dan Muiz (bass, bersebelahan drum).

Menurut Kartina yang sudah 14 tahun bergelar staf unit pemuzik di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan Upsi, selain persembahan oleh Prof Madya Dr Muhammad Fazli Taib, persembahan lain adalah daripada kalangan mahasiswa dan graduan daripada fakulti yang sama.

"Antara persembahan lain yang mencuri tumpuan adalah persembahan medley rock 90an oleh graduan.

"Alhamdulillah, setiap penat lelah untuk memberikan yang terbaik benar-benar berbaloi apabila orang ramai mula membuka mata.

"Secara tak langsung, ia menjadi platform untuk membuka opportunity bagi ketengahkan bakat-bakat pelajar fakulti ini sendiri ke peringkat yang lebih jauh," ujarnya.

Alhamdulillah, setiap penat lelah untuk memberikan yang terbaik benar-benar berbaloi apabila orang ramai mula membuka mata.

KARTINA SHAHARDIN

PENGARAH MUZIK

Tidak menyangka video-video persembahan berkenaan menjadi tular, Kartina melahirkan rasa terharu dengan komen-komen positif yang diberikan.

"Ini adalah tahun kedua saya in-charge sebagai pengarah muzik untuk istiadat konvokesyen.

"Apabila ramai memuji persembahan kali ini, ia ibarat bench mark untuk kami melakukan yang terbaik pada istiadat akan datang, InsyaAllah.

KONVO 2

Kartina (belakang, dua kanan) bersama line-up Kombo seramai 18 orang.

"Alhamdulillah feed back yang diberikan, saya ambil dengan lapang dada untuk memperbaiki lagi kualiti.

"Akhir sekali, terima kasih kepada Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff dan pihak pengurusan universiti kepada memberikan kepercayaan kepada kami," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain