suria

Mak ayah bagi RM1,000 buat belanja, tapi teman wanita ‘cukai’ RM700! Pemuda merungut poket kering, tak dapat lepak dengan kawan

Seorang pemuda mengadu mengenai hubungannya dengan teman wanita. -Gambar hiasan / Freepik

BENARLAH kata orang, cinta itu buta.

Kerana sayang, seseorang itu sanggup berkorban dan melakukan apa saja termasuklah membelanjakan sebahagian duit belanja untuk teman wanita.

Seperti seorang lelaki ini, sungguhpun masih belajar, dia dengan rela hati menghabiskan wang perbelanjaan yang diberikan ibu bapanya buat kekasih yang juga berstatus pelajar setiap bulan.

“Saya dengan GF (teman wanita) dua-dua masih belajar. Masing-masing hidup guna duit belanja mak ayah je.

“Cuma untungnya saya dapat lebih daripada dia, adalah kira-kira RM1,000 sebulan tapi setiap kali saya dapat duit mesti 80 peratus bagi dekat dia,” demikian menurut si lelaki di laman X.

Sebahagian wang perbelanjaan diserahkan kepada teman wanita. -Gambar hiasan

Namun di sebalik sifat permurah itu, ada kalanya pemuda berkenaan tetap berkecil hati dengan sikap teman wanitanya apabila dia tidak dapat memberikan wang belanja kerana kesempitan.

Lebih dikesali apabila teman wanitanya tidak menyedari dialah punca utama kekangan kewangan yang dihadapinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Insaf bercinta dengan lelaki ‘red flag’, wanita ini bongkar kisah di Cameron Highlands... RM200 melayang di kedai nasi lemak!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘tewas’ dengan pakwe kedekut hanya sebab sayang, pandai pujuk... berbaloi ke dijadikan suami? - “Setiap kali nak beli, dia WhatsApp suruh belanja”

“Macam baru-baru ini, saya dapat duit belanja pada 2 haribulan. 3 haribulan dah hampir RM700 duit saya habis dekat dia.

“Apabila saya tak sanggup nak belanja dia... dia buat muka kesian. Sebabnya duit belanja saya lagi banyak daripada dia, sampai saya sentiasa rasa bersalah tak belanja duit dekat dia,” ujarnya.

Duit mak ayah bagi tu untuk belajar, bukan untuk membazir kat partner kau.

NETIZEN

Pada masa sama, dia mengakui berkecil hati dengan sikap teman wanita yang tidak pernah memahami keadaannya yang mahu menjalani kehidupan dan aktiviti seperti orang lain.

“Kadang saya kecil hati juga sebab yelah, saya pun berhobi juga. Saya pun nak lepak dengan kawan juga tapi setiap kali mereka ajak lepak, alasan saya sama je.

Broke (tak ada duit) sebab memang saya broke, duit belanja saya yang banyak memang tak bertahan lebih daripada seminggu.

“Saya minta sangat nasihat korang sebab saya sayang sangat kat GF,” katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cara pemuda itu memanjakan kekasih dengan wang ringgit sedangkan kedua-duanya masih belajar dan wang belanja diberikan oleh ibu bapa masing-masing.

Seorang pemuda stres dengan situasi yang dilaluinya. -Gambar hiasan / Freepik

Malah, ada segelintir mereka mempersoalkan kesetiaan teman wanita pemuda itu sama ada hubungan mereka hanya berlandaskan kesenangan dan kenikmatan hidup semata-mata.

“Kau nak belajar ke atau bercinta? Mak ayah bagi duit untuk kegunaan kau, kau pula pergi belanja kat orang lain.

“Pelajar buat cara pelajar. Duit mak ayah bagi tu untuk belajar, bukan untuk membazir kat partner kau. Lainlah duit hasil titik peluh sendiri. Memang terhutang budi, tapi itu mengikis namanya. Tak ada duit tak payah dating.

“Awek hang belanja apa sampai RM700 sehari ni? Tak sedar eh masih belajar belanja macam orang kaya.

“Cukuplah kena kikis bro, perempuan macam ni takkan merasa cukup. Angkat kaki dan tinggalkan. Kau ada pilihan, tapi kalau dah sayang punca utama, maaf, aku tak kasihan sebab kau memang pilih cara ni.

“Kau cakap je mak ayah kau dah potong duit belanja kau. Cakap jumlah yang lagi kurang daripada GF kau, nanti kau ulang balik apa yang GF kau buat kat kau. Kalau dia tinggalkan kau tu faham-faham jelah. Dia nak duit kau je, sayang saja tak guna juga,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain