suria

Staf ‘gomen’ hampir muflis, masa sihat rancak buat pinjaman peribadi RM430K... Kini cuti tanpa gaji sebab sakit, tak boleh bayar hutang

Masalah kesihatan akan mengganggu punca pendapatan bulanan. -Gambar hiasan

MASYARAKAT di negara kita biasanya memandang tinggi terhadap mereka yang bekerja sebagai penjawat awam.

Malah ramai ibu bapa menggalakkan anak-anak untuk bekerja dalam sektor kerajaan, sekali gus memberi mereka jaminan masa depan yang lebih baik.

Selain manfaat serta imbuhan yang ditawarkan, staf 'gomen' juga mempunyai kelebihan daripada segi pinjaman peribadi.

Less people working in Property Management Department office in Kuala Lumpur due work from home under MCO 3.0. —SHAARI CHEMAT/The Star

Banyak kelebihan diperoleh mereka yang bekerja di sektor awam. -Gambar hiasan

Di sebalik segala 'keindahan' yang dicanang, wujud kes penjawat awam yang salah percaturan sehingga terpaksa hidup dalam keadaan derita.

Di Facebook misalnya, seorang kakitangan awam berkata dia berkemungkinan bakal diisytiharkan muflis kerana mempunyai banyak tunggakan hutang pinjaman peribadi.

"Saya dulu bekerja (kakitangan) kerajaan. Kemudian sakit dan mohon pencen awal. Sekarang saya dalam tempoh bercuti tanpa gaji selama setahun.

Mentaliti segelintir mak ayah dulu-dulu, suruh kerja kerajaan supaya senang buat pinjaman.

NETIZEN

"Pinjaman peribadi saya dengan tiga bank. Setiap satunya RM120,000, RM110,000 dan RM200,000. Bayaran dah tertunggak sejak bulan Oktober.

"Surat lawyer daripada bank dah sampai. Arahan untuk membayar. Berapa lama tempoh urusan kalau nak diisytiharkan bankrap?" soal individu itu di Facebook.

Dia berkongsi kisahnya itu menerusi group Facebook Muflis Bankrupt di Malaysia pada Isnin tanpa mendedahkan identitinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Angkara personal loan, kerja ‘gomen’ 10 tahun gaji bersih cuma RM600! Wanita nak jadi pengasuh, malu rakan ofis tahu bakal muflis

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup ‘tolak’ pencen demi gaji tiga kali ganda, wanita ini tak menyesal berhenti kerja gomen... Selesa jadi bodyguard usahawan lelaki!

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberi cadangan bagi menyelesaikan masalah berkenaan, malah mereka turut mendoakan kesihatan individu tersebut.

"Banyaknya pinjaman peribadi. Peringatan untuk semua, berpada-padalah kalau nak buat pinjaman peribadi. Nak buat senang, bayar tu sakit.

"Dah pergi Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) belum? Cuba ke situ dulu. Cuba tanya bank. Kategori sakit kamu tu boleh tuntut bawah takaful pinjaman peribadi tu tak? Ni bukan kes sengaja tak nak bayar. Boleh bincang tu.

"Orang kerajaan sangat sinonim dengan pinjaman peribadi dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)," tulis netizen di Facebook.

Need to use mobile phone to check on early morning inside the emergency ward hospital which pack with people. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Sudah menjadi kebiasaan, pelbagai penyakit akan muncul seiring perubahan usia. -Gambar hiasan

Kisah penjawat awam itu turut tular di laman X apabila ia dikongsi semula oleh seorang netizen.

Malah, beberapa netizen menyuarakan rasa kurang senang mereka dengan sikap segelintir penjawat awam yang membuat pinjaman dalam jumlah yang besar.

"Mentaliti segelintir mak ayah dulu-dulu. Suruh kerja kerajaan, senang buat pinjaman. Dan inilah hasilnya.

"Ramai tak nak belajar daripada kes macam ni. Tetap juga sibuk nak kagumkan masyarakat dengan pakai kereta mahal.

"Memang gilalah yang buat pinjaman banyak macam ni atas kelebihan yang namanya kerja kerajaan," tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain