suria

Lelaki tergugat iman gadis cantik ajak seks! Nafsu kata ‘nak’, tapi berjaya tepis godaan terfikir ada adik perempuan

Setiap orang diuji dengan cara yang berbeza-beza. -Gambar hiasan

IMAN dalam diri seorang insan akan sentiasa diuji dengan ujian yang datang dalam pelbagai bentuk dan cara.

Ada yang diuji dengan kesusahan seperti berdepan kemiskinan, penyakit atau penceraian, tetapi jangan lupa kesenangan, rupa paras yang tampan atau jelita serta kemewahan juga merupakan ujian kepada manusia.

Namun, bagi kaum Adam khususnya, mereka sering terjerat dengan godaan nafsu terhadap wanita.

Jalan terbaik untuk mencegah maksiat adalah mendekatkan ditri kepada Tuhan. -Gambar hiasan

Melalui satu perkongsian di laman X, seorang gadis menceritakan pengalaman abangnya yang memberi pengajaran bermakna untuk membendung diri daripada berkelakuan di luar batasan agama.

Menurut gadis itu, abangnya pernah digoda oleh seorang wanita yang digambarkan sebagai sangat cantik.

"Abang aku pernah berjumpa dengan seorang perempuan ni, tak kenal pun, kawan kepada kawan dia. Perempuan tu pakaian elok, bertudung labuh dan juga berniqab, memang lawa.

"Selepas berkenalan seketika, perempuan tu goda abang aku untuk berhubungan intim. Abang aku cakap waktu tu, separuh hati dia dah kata ya, satu ujian berat nak menolaknya, perempuan tu cantik dan dia sendiri pula yang mengajak.

ARTIKEL BERKAITAN: “HIV bukan jijik pun” - Persediaan dah buat, wanita buntu nak batal atau teruskan nikah jika bakal suami tak lepas ujian saringan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mandul tergamak fitnah isteri, tuduh tak subur depan keluarga... Senyap-senyap koyak keputusan ujian air mani!

"Abang aku tersepit antara dua, sebahagian hatinya cuba mengatakan tidak sebab tahu itu dosa besar.

"Tiba-tiba terdetik satu perkara dalam hati abang aku yang membantunya untuk membuat pilihan yang betul," ujar gadis tersebut.

Gadis itu berkata abangnya menolak ajakan untuk membuat maksiat itu apabila tersedar dia mempunyai adik perempuan dan kembali berfikiran waras.

"Abang aku apabila tengok perempuan tu balik, dia terdetik dalam fikiran, tinggi dia ni macam adik aku la. Apabila terfikir je macam tu, dia terus sedar dan tolak bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya, jaga solat kerana solat itu merupakan benteng untuk melawan kejahatan hawa nafsu.

GADIS

"Abang aku cakap dalam dalam diri dia, aku kena ingat yang aku ni ada adik perempuan, aku pun tak nak orang rosakkan adik aku.

"Abang aku cakap dia bukan selamat sebab kekuatan iman tetapi kerana berkat doa mama dan abah serta dirinya yang menjaga solat, sebab itulah boleh tiba-tiba teringat dekat adiknya.

"Aku bila dengar abang aku cerita macam tu terus rasa terharu, rasa la macam abang aku ni sayang juga aku rupanya. Waktu tu kami tengah berborak dalam pukul 2 atau 3 pagi, syahdu rasa," cerita gadis berkenaan.

Menitipkan pesanan, gadis tersebut berkata solat fardu yang dikatakan tiang agama sememangnya benar malah tidak dapat disangkal oleh sesiapa.

"Kesimpulannya, jaga solat kerana solat itu merupakan benteng untuk melawan kejahatan hawa nafsu. Selain itu, sentiasa minta doa ibu dan ayah, doa mereka itu sesungguhnya mustajab.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Seterusnya beringatlah dekat keluarga, janganlah permainkan perempuan kalau tak mahu lelaki dekat luar sana untuk turut sama menyakiti mak, kakak, adik perempuan dan anak perempuan kau.

"Dan tentang topik menutup aurat pula, janganlah berpandangan setiap wanita bertudung labuh atau berpakaian elok itu rosak dan merosakkan, kes abang saya ni hanya yang terpencil sahaja.

"Tetaplah menjaga maruah diri kerana itu wajib," katanya menutup bicara.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, warga maya meluahkan rasa gerun dengan realiti dunia hari ini.

"Dunia akhir zaman, rupanya yang bertutup litup itulah yang sejahil-jahilnya.

"Pernah terjadi kepada saya, kawan online yang selalu buat perbincangan bersama ajak jumpa waktu saya outstation di Kuala Lumpur.

"Tiba-tiba dia suruh tinggalkan kunci bilik hotel yang saya duduk tu dekat reception dan duduk bagi hint pula, memang saya tak layan dan terus block dia di semua tempat," kata beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain