suria

Lelaki misteri hantar lauk kenduri... Buka plastik ada coklat, air tembikai macam beli di kedai! Tuan rumah terus buang

Bungkusan yang diserahkan oleh penunggang motosikal berkenaan mengandungi lauk dan juga gula-gula.

MEMBACA berita serta perkongsian di media sosial mengenai kes rompakan atau pecah rumah sudah cukup membuatkan kita berasa takut.

Dalam sesetengah kes, mangsa bukan hanya mengalami kerugian harta benda malah ada yang cedera parah atau kehilangan nyawa disebabkan tindakan kejam penjenayah.

Justeru, kita dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada walau berada di rumah untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang pengguna tampil memberi peringatan kepada warga maya agar berhati-hati sekiranya kediaman didatangi individu tidak dikenali serta mencurigakan sebagaimana yang dialaminya.

Berkongsi insiden aneh berkenaan, pengguna tersebut berkata, baru-baru ini kediamannya didatangi seorang lelaki menaiki motosikal jenis skuter dan berpakaian serba hitam lengkap dengan topi keledar rona sama.

"Saya ingatkan kurier hantar barang. Ketika itu lebih kurang jam 5 petang. Orang tu tak panggil, beri salam atau hon pun. Saya pun pergilah sapa orang tu.

"Dia jawab mai ni ambil lauk. Cara cakap tu macam orang taman jiran-jiran selalu datang bagi makanan kalau buat kenduri ada lebih. So saya pun pergilah ambil.

kenduri 2

Sudah menjadi tradisi bagi tuan rumah majlis perkahwinan untuk memberikan lebihan lauk kenduri kepada jiran dan tetamu. -Gambar hiasan

"Lepas tu saya tanya dia lauk kenduri ka?. Dia balas ha kenduri tapi muka dia tu macam no reaction. Like tak ramah, macam serius semacam.

"Saya tengok dekat motor dia tak ada plastik makanan yang lain. Saya husnuzon la, rumah saya ni last dia nak bagi makanan tu. Saya cakaplah terima kasih. Dia tak cakap apa, terus blah (berlalu)," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes pecah rumah sudah tak jadi isu, kelibat perompak tembus pagar jadi perdebatan - “Aku tengok lima kali ulang”

ARTIKEL BERKAITAN: Ngeri! Wanita trauma lelaki misteri muncul dari almari bilik hotel, ketukan pintu tengah malam cetus tanda tanya

Tambah individu tersebut, dia tidak sempat bertanya penunggang motosikal itu lebih lanjut kerana situasi berlaku secara tiba-tiba dan pantas.

Selepas membuka bungkusan makanan di dalam rumah, dia sedikit curiga kerana makanan berkenaan tidak seperti lauk kenduri sebaliknya seperti makanan yang dibungkus dari restoran.

"Siap ada air tembikai. Yang tak tahan, siap ada coklat (gula-gula) yang dibeli dekat Petron. Pelik terus! Memang laki tu mukanya tak pernah tengok dekat taman ni.

"Lagipun dia datang pakai helmet, so memang nampak macam dia dari luar taman sebab beli coklat dekat Petron kan. Fuh, bahaya la sekarang.

"Saya syak dia terkejut sebab saya sapa dia, sebab tu dia guna alasan bagi makanan yang dia beli," kongsinya.

Dia 'gabra' (gelabah) sampai tersilap bagi makanan yang dia nak makan.

NETIZEN

Menurut individu berkenaan, dia tidak menjamah makanan yang diberi kerana bimbang perkara yang tidak diingini berlaku dan terpaksa membuangnya.

"Hati-hati semua jangan jadi macam saya... cuai. Nasib tak jadi apa-apa time tu, kalau lain dibuatnya, naya.

"Takut depa (mereka) aim rumah nak pecah masuk ja. Janganlah bagi anak-anak keluar rumah tanpa ada pengawasan mak bapa. Kalau masa kurier hantar barang, tengok dulu betul ke tidak.

"Yang nak bagi makanan dekat jiran tu roger-roger la dulu jiran hangpa (anda) sebelum nak bagi. Bukan apa, risau! Zaman sekarang depa cerdik pandai," kongsinya lagi.

Hantaran yang dikongsi di laman grup Facebook Penduduk Sungai Petani meraih perhatian warga maya dengan rata-ratanya turut saling menasihati agar lebih berwaspada dengan kehadiran individu tidak dikenali.

komen kenduri

Reaksi netizen terhadap perkongsian kisah individu berkenaan.

"Cerdik modus operandi dia.

"Bahaya sekarang... macam-macam style dah nak merompak.

"Dia 'gabra' (gelabah) sampai tersilap bagi makanan yang dia nak makan.

"Pakat-pakat share untuk jaga-jaga, terima kasih atas perkongsian," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain