SEPASANG suami isteri ini berdepan detik cemas apabila mereka hampir ditangkap khalwat oleh pihak berkuasa agama ketika bermalam di sebuah hotel, baru-baru ini. Berdasarkan perkongsian seorang wanita menggunakan akaun thesamsfamily01 di TikTok, kejadian yang tidak disangka-sangka berkenaan berlaku di Muar, Johor ketika mereka menghadiri sebuah majlis perkahwinan. Menurut wanita itu, sekitar pukul 9 malam dia dikejutkan dengan bunyi loceng di bilik dan menyangka ia daripada pihak hotel kerana urusan berkaitan parkir. Setiap pasangan yang berkahwin perlu memiliki kad perakuan nikah yang sah. -Gambar hiasan "Suami tak ada dengan saya sebab tengah buang air besar dalam tandas. Tiba-tiba ada bunyi loceng. Saya nak tengok dari dalam melalui lubang (intai) pintu tapi tak ada. "Saya nak pergi tengok siapa datang tapi baru tersedar saya tak pakai tudung. Saya ingatkan pihak pengurusan parkir sebab kami memang letak kereta tepi jalan. "Suami saya tak sempat nak berak, dia keluar untuk buka pintu," katanya menerusi video yang menerima lebih 471,000 jumlah tontonan setakat ini. Alangkah terkejutnya pasangan tersebut apabila individu yang datang ke bilik mereka pada ketika itu memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri gatal ditangkap basah suami sendiri! Kantoi bersekedudukan dalam bilik ARTIKEL BERKAITAN: Check-in hotel dengan suami tapi tiada bukti nikah, wanita nyaris ditangkap ‘khalwat’ - “Allah nak tutup aib kami” Selepas menunjukkan kad kuasa, mereka meminta izin untuk masuk ke dalam bilik bagi memeriksa status hubungan pasangan terbabit. Namun malangnya pasangan yang mendakwa sudah berkahwin selama 18 tahun itu tidak pernah mempunyai kad perakuan nikah. Saya ingatkan pihak pengurusan parkir sebab kami memang letak kereta tepi jalan. THESAMSFAMILY01 "Kemudian mereka cakap nak tengok gambar kahwin dalam telefon. Saya jawab kami tak simpan gambar kahwin dalam telefon sebab dah lama sangat berumah tangga. "Saya hubungi mak nak minta tolong ambilkan gambar sijil nikah. Tapi baru terfikir mak pun tak reti nak buat. "Jadi saya minta tolong adik yang tangkapkan gambar. Kelakar... kelakar sangat," jelasnya menceritakan apa berlaku. Setelah menunjukkan bukti bergambar sijil nikah, pasangan ini akhirnya menarik nafas lega apabila pihak berkuasa agama itu berpuas hati dan percaya mereka adalah suami isteri yang sah. Tangkap layar video dikongsikan yang tular di TikTok. Untuk pengetahuan, setiap pasangan suami isteri memiliki sijil nikah sebagai bukti perkahwinan yang perlu disimpan. Bagaimanapun, sejak sekian lama kad perakuan nikah bersaiz lebih kecil diperkenalkan agar mudah dibawa ke mana-mana sahaja bagi memudahkan pelbagai urusan. Pemohon hendaklah hadir bersama pasangan ke Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Jabatan Agama Islam negeri masing-masing dengan melengkapkan borang Permohonan Kad Sijil Perkahwinan Bestari dan menyertakan dokumen diperlukan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube