suria

Tiga minit redah kawasan kubur, laluan semak demi kedai ikan bakar... Selesai makan netizen tegur, katanya dah lama tutup

Pasangan itu terpaksa melalui kawasan kubur sebelum tiba ke sebuah kedai ikan bakar.

BAGAIKAN babak dalam filem seram!

Seorang wanita dikenali sebagai Dina berkongsi rakaman dashcam ketika dia dan suaminya dalam perjalanan ke sebuah kedai ikan bakar di Johor Bahru (JB), Johor pada Sabtu.

Menerusi rakaman tular itu, kereta dinaiki pasangan berkenaan dilihat melalui jalan kampung pada waktu malam yang dipenuhi dengan pokok dan semak samun.

kubur2

Pasangan itu melalui perjalanan mencabar sebelum tiba ke sebuah kedai ikan bakar.

Lebih menyeramkan, navigasi daripada aplikasi Waze yang dibuka turut membawa mereka ke sebuah tanah perkuburan Islam.

Banyak kubur dilihat berada di kiri dan kanan jalan sebelum mereka berjaya keluar dan meneruskan pemanduan ke destinasi.

"Kisah hari ni, suami ajak makan ikan bakar. Kemudian guna la Waze untuk ke lokasi sebab memang kali pertama nak pergi makan.

Kalau aku seorang yang memandu tadi agaknya aku dah menangis.

DINA

"Waze bagi jalan seram. Aku cakap dengan suami, kita kena scam dengan Waze ke? Aku suruh patah balik tapi dia tetap teruskan pemanduan," ujarnya.

Menurut Dina, mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci al-Quran sepanjang perjalanan itu, tambahan lagi mereka turut membawa anak yang masih kecil.

Namun katanya, perjalanan mencabar selama kira-kira lebih tiga minit itu sememangnya berbaloi kerana juadah yang dihidangkan di kedai ikan bakar tersebut menepati seleranya.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka gerai jam 5 pagi, terkejut ada tanah kubur! Jumpa bunjut kuning selepas ustaz beri petunjuk melalui telefon

ARTIKEL BERKAITAN: Dah nak tengah malam, perjalanan rider silap simpang berakhir di kubur... tak terfikir gangguan mistik, cuma risau kena prank

"Mulut aku terkumat-kamit baca ayat Qursi dan surah-surah lazim. Sebab aku bawa anak aku yang masih kecil, risau juga.

"Akhirnya sampai juga ke destinasi dituju. Kalau aku seorang yang memandu tadi agaknya aku dah menangis. Sampai kedai, aku dengar ada (pelanggan) meja sebelah kecoh sebab lalu jalan seram tu.

"Tapi memang sedap makan kat kedai ni. Anda semua yang duduk JB wajib cuba okey. Ada jalan lain selain jalan seram ni. Jalan highway sebab dia tepi highway je," ceritanya lagi.

kubur3

Meskipun menempuh perjalanan mencabar, Dina memuji kualiti masakan kedai ikan bakar tersebut.

Video yang dikongsi pada Ahad lalu itu sehingga kini meraih lebih 927,000 tontonan di TikTok dan turut dihujani komen netizen.

"Ni jalan belakang memang akan lalu sini. Kalau ikut highway lalu depan. Siapa kali pertama memang akan pelik sikit.

"Saya pernah kena macam ni. Seram sejuk juga la, masa tu dah la pergi seorang diri.

dash3

Antara komen usikan daripada netizen.

"Saya bawa GrabFood kak. Saya pun pernah ambil order kedai ni, ikut laluan sama, naik motor pula tu," tulis beberapa individu," tulis beberapa netizen.

Malah, salah seorang pekerja kedai itu turut meninggalkan komen pada video berkenaan.

"Terima kasih kak sudi teruskan perjalanan dan makan. A bit adventure apabila lalu belakang. Alhamdulillah sebab puji sedap. Glad to see you again," tulis pekerja itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain