SUAMI boleh dicari, anak tiada galang-ganti. Demikian pesan Kak Cha yang juga pengusaha sebuah rumah kebajikan selepas seorang wanita menghubunginya untuk menyerahkan anak, baru-baru ini. Menurut Kak Cha dari Rumah Kebajikan An-Naafi, wanita berstatus ibu tunggal itu mahu melepaskan anaknya yang berusia 10 tahun kerana dia bakal berkahwin lagi pada bulan depan. Kak Cha bercerita tentang panggilan telefon yang diterimanya daripada seorang wanita. "Kak Cha dapat panggilan pagi-pagi. Kak Cha mohon maaf dulu kalau mengguris hati sesiapa. Dia cakap nak hantar anak. Kak Cha tanyalah, anak umur berapa? Dia kata 10 tahun, maknanya darjah empat. "Apa tujuan hantar? Dia kata bulan Januari dah nak nikah baru. Masalahnya bakal suami tak suka denga anak, sebab dia cakap bukan benih dia. Dan macam biasalah, budak-budak nakal. Bakal suami tak suka," imbas Kak Cha. Menerusi perkongsian panjang lebar di TikTok, Kak Cha berkata dia sempat memberi pesanan kepada wanita itu agar tidak mengabaikan anaknya demi cinta seorang lelaki yang belum tentu setia hingga ke akhir nyawa. Suami tu belum tentu lagi dia akan setia, esok kau tua dia kahwin lain... siapa jaga kau? KAK CHA Pada penghujung panggilan telefon, Kak Cha juga memaklumkan bahawa dia terpaksa menolak permohonan wanita yang berhasrat memasukkan anaknya ke rumah kebajikan "Saya tanya, puan bekerja ke? Dia kata kerja. Lepas kahwin pun kena kerja, sebab sekarang kos hidup tinggi. Saya kata macam ni la ya, suami ni boleh tukar ganti, boleh kahwin lain. Anak ni sampai kita mati pun tetap anak kita, doa dia sampai untuk kita. "Kenapa pilih kahwin lain dan hantar ke pusat jagaan atau rumah kebajikan? Sedangkan kahwin esok kau kena kerja juga. Tak ada pun kata laki tu tanggung sepenuhnya. Bakal suami kena terima la kau tu janda, kena terima yang kau ada anak. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buat 2 set bekal, bagi duit belanja lebih... Rupanya kirim satu untuk kawan sekolah anak - “Ibu dia dah meninggal dunia” ARTIKEL BERKAITAN: Bapa baru meninggal, 7 anak yatim buka gerai! Kawan arwah tergerak hati singgah sebelum viral- “Aku bangga tengok depa usaha” "Ini benih awak yang awak kandung sembilan bulan 10 hari, bawa perut kehulu-kehilir. Ke mana naluri seorang ibu? Kak Cha terus cakap Kak Cha tak boleh terima. Belajarlah pilih anak dalam setiap hal," ujarnya lagi. Dalam perkongsian sama, Kak Cha sempat memberi pesanan secara rawak kepada ibu bapa agar menghargai anak masing-masing kerana setiap daripada kita akan meningkat usia satu hari nanti. "Betul, kadang-kadang anak ni nakal. Mana ada budak tak nakal. Kau kecil nakal, aku kecil pun dulu nakal. Cuma anak sekarang mungkin lebih berbeza. Kadang anak memberontak, dah kau lebihkan orang lain, lebihkan bakal suami. "Suami tu belum tentu lagi dia akan setia. Esok kau tua, dia kahwin lain. Siapa jaga kau? Esok kau cakap anak derhaka. Tapi kita sebagai ibu bapa, kita dulu dah derhaka kat anak kita. Jangan ingat anak je boleh derhaka. Lelaki yang baik pasti dapat menerima bakal isterinya meskipun wanita itu memiliki anak hasil perkahwinan terdahulu. -Gambar hiasan "Anak ni pertalian darah sampai mati. Suami boleh cari lain. Saya minta maaf kalau mengecilkan hati," ujar Kak Cha kepada lebih 5,000 pengikutnya di TiKTok. Video perkongsian Kak Cha tentang ibu tunggal itu meraih lebih 155,000 tontonan dan turut dihujani banyak komen daripada netizen. "Ya Allah, sampainya hati. Arwah mak saya, sampai meninggal tak kahwin lain sebab nak besarkan saya. "Rela tak kahwin kalau orang tak boleh terima anak kita. "Anak tu keluar dari rahim kita. Bakal suami tu keluar dari mana? Tak sanggup aku," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube