suria

Khayal dalam pujian, gadis bertudung jadi pemuas nafsu lelaki secara online - “Aku dah mula post gambar pakai bra”

Wanita Islam wajib menutup aurat seperti yang disyariatkan dalam Islam. -Gambar hiasan

UNGKAPAN popular 'jangan menilai buku pada kulitnya' cukup bersesuaian untuk menggambarkan kisah seorang pengguna media sosial ini.

Ini kerana di sebalik penampilan muslimah yang ditonjolkan, seorang gadis mengakui dia mempunyai sisi gelap yang tidak diketahui orang sekeliling.

Dalam pendedahannya di laman X, gadis itu berkata dia mula menghasilkan kandungan berunsurkan soft porn melalui aplikasi Snapchat sejak bulan lepas.

Tanpa mendedahkan identitinya, gadis itu tanpa segan silu berkata dia berpenampilan seksi menerusi Snapchat meskipun sentiasa menutup aurat dalam kehidupan seharian.

gadis2

Wanita Muslim perlu menjaga kelakuan agar tidak mencemarkan imej agama. -Gambar hiasan

Menurut gadis itu lagi, dia ketagih dengan perhatian yang diterima menerusi aplikasi itu, sekali gus menyukarkannya untuk berhenti daripada terus melakukan dosa.

"Aku ni pendiam di dunia sebenar dan pemalu orangnya. Tapi sejak bulan lepas, aku download Snapchat dan jadi anon (anonymous). Aku dah start post gambar aku pakai bra atau bikini kat situ.

"Like video soft porn la eh semua. Tapi masalahnya sekarang aku dah start rasa suka dengan perhatian yang aku dapat daripada gambar dan video tu semua. Lelaki puji hot.

Sejak download Snapchat dan jadi anon, aku dah start post gambar pakai bra atau bikini.

GADIS BERTUDUNG

"Aku tahu tu dosa tapi aku rasa bangga apabila lelaki tengok aku dan terangsang," luah gadis itu menerusi satu ciapan yang dikongsi pada Rabu.

Dalam perkongsian sama, dia turut meminta pendapat netizen untuk mencari jalan bagi menghentikan perbuatan berkenaan.

"Macam mana nak berubah daripada berfikiran macam tu? Aku ni dah la bertudung litup dalam dunia sebenar. Aku pemalu, tutup litup bertudung.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja engineer kuat seks, isteri cari madu sebab tak larat layan! Gaji 18K, tiada masalah bagi elaun 3K sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa segan silu, gadis bertudung selamba tuang arak dalam kelab malam... Netizen berang Islam dipermainkan

"Dalam media sosial, kalah yang free hair sejak lahir. Macam mana nak hentikan perasaan macam tu?" soal gadis itu lagi.

Di ruangan komen, seorang pemuda memberi cadangan agar gadis itu mendirikan rumah tangga, membolehkan dia bebas melakukan apa sahaja dengan suaminya.

"Solusi paling muktamad adalah kahwin. Sebab semua manusia ada nafsu dan cara menyalurkan nafsu pada jalan yang halal dan betul adalah dengan pernikahan.

African american person holding a tactile mobile smartphone - Black people

Segelintir wanita gemar berkongsi foto seksi di media sosial sehingga menjadi perhatian lelaki. -Gambar hiasan

"Tapi kalau masih belum ke arah itu, jauhi media yang menjerumuskan anon ke arah tu supaya tak tergilakan pujian dan perhatian lelaki," tulis seorang pelayar X.

Beberapa individu yang lain turut memberi cadangan sama, termasuklah menggesa gadis itu memadam akaun Snapchat yang digunakannya.

"Padam media sosial semua tu. Dan lakukan tahajud setiap malam.

"Tak ada nasihat sebab hanya diri boleh ubah diri sendiri, terutama bab agama dan perangai. Cuma beringat masa depan," tulis netizen lagi.

Sebagai peringatan, memakai tudung dan menutup aurat adalah wajib dan tiada alasan untuk tidak memakainya bagi wanita Islam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain