suria

Serah tanjak menjelang hari bahagia masing-masing, empat doktor ambil masa 6 bulan lengkapkan video transisi BFF

Video trend oleh empat sekawan ini menjadi tular di media sosial.

BERCUTI atau melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan baik pasti menyeronokkan lebih-lebih lagi dalam mencipta memori serta mengeratkan hubungan persahabatan.

Begitu juga dengan empat sekawan ini yang tampil dengan cara yang sedikit rare dan kreatif iaitu merakam video pada hari perkahwinan masing-masing.

Sebagaimana trend yang pernah menjadi tular di mana sekawan wanita yang merupakan best friend forever (BFF) menyerahkan bunga tangan mengikut giliran pada hari bahagia masing-masing, idea yang sama turut dilakukan oleh empat lelaki ini.

Apa yang menarik, mereka menyerahkan songkok serta tanjak mengikut giliran ketika menjelang hari bahagia masing-masing.

Berkongsi cerita dengan mStar, Dzulkhairuddin Dzulkefli berkata idea untuk merakam video berkenaan tercetus secara spontan ketika majlis perkahwinan salah seorang daripada mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 BFF susun majlis kahwin! Video ‘tukar’ pelamin raih lebih 15 juta tontonan, berbaloi 6 bulan ‘peram’ klip rakaman

ARTIKEL BERKAITAN: Gempak! Cewek Indonesia buat ‘live painting’ majlis kahwin BFF - “Ni baru betul boleh kerja bawah tekanan”

"Ketika salah seorang daripada kami yang pertama sekali berkahwin iaitu Muhammad Akmal Hakim Muhd Izani pada pertengahan Mei lalu, tiba-tiba terlintas nak buat video sebagai kenangan.

"Idea passing tanjak itu secara spontan muncul. Lagi pula kami berempat masing-masing dah mempunyai calon dan sedang menunggu hari bahagia... jadi semuanya setuju.

doc 3

Bergambar bersama pasangan masing-masing ketika majlis perkahwinan Muhd Kumayl (tengah) pada November lalu.

"Selepas Muhammad Akmal, majlis perkahwinan saya pula menyusul pada hujung Mei, diikuti dengan Muhammad Faaris Husseini Ausaini pada Ogos dan akhir sekali Muhd Kumayl Muhd Reza pada November lalu.

"Bermakna idea tersebut mengambil masa selama enam bulan sebelum terhasilnya video ini," ujarnya.

Aktiviti spend masa bersama-sama jadi makin meriah tambahan pula isteri masing-masing pun ngam.

DZULKHAIRUDDIN DZULKEFLI

Berkongsi kisah persahabatan, Dzulkhairuddin, 26, berkata tiga daripada mereka mula bersahabat sejak menuntut di universiti yang sama iaitu Universiti Sains Malaysia (USM).

"Kami bertiga menuntut dalam jurusan yang sama iaitu perubatan. Kemudian seorang lagi bertambah dan mulai rapat selepas masing-masing bekerja di tempat sama iaitu Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.

"Kini daripada berempat, sudah bertambah menjadi lapan orang. Aktiviti spend masa bersama-sama jadi makin meriah tambahan pula isteri masing-masing pun ngam," ujar doktor ini lagi.

doc 2

Empat doktor ini bersahabat sejak menuntut dan bekerja di hospital yang sama.

Tidak menyangka video hasil suntingannya yang dimuat naik di Instagram Reels meraih lebih 382,000 jumlah tontonan, Dzulkhairuddin berkata dia gembira dan terharu apabila membaca komen-komen netizen yang mengagumi persahabatan mereka berempat.

"Memang tak sangka pula viral... apabila baca komen, ada yang kata sweet sangat bila BFF lelaki buat. Ada juga nak jadikan inspirasi dan nak buat dengan rakan baik masing-masing.

"Selagi ada peluang, ciptalah kenangan manis dengan rakan-rakan. Boleh dijadikan kenangan dan tunjuk dekat anak cucu apabila dah tua-tua nanti," akhirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain