MASYARAKAT di Barat gemar membuat eksperimen sosial bagi merungkai sesuatu persoalan dan seterusnya membuat kesimpulan. Melalui satu video tular di laman X, bertempat di Sydney, Australia, seorang wanita berkulit gelap dilihat mengangkat sepanduk di ruang awam yang tertulis mesej, 'Jika anda berasa keseorangan, sila peluk saya'. Eksperimen sosial itu dipercayai bertujuan menyediakan platform kepada mereka yang sedang berperang dengan emosi untuk mengubati rasa hiba di hati. Peserta eksperimen sosial menerima sagu hati. Lebih menarik perhatian ramai apabila menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita Muslim menyahut 'panggilan' sepanduk itu dan memeluk erat susuk tubuh penganjur eksperimen sosial berkenaan. Babak meruntun jiwa itu dirakam oleh seorang lagi rakan manakala wanita berkenaan, selama hampir 30 saat terus berada dalam dakapan dan kelihatan berlinangan air mata. Menurut kapysen video, dikatakan wanita itu merupakan seorang pelajar antarabangsa di Australia dan sangat merindui kampung halamannya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak mampu beli beras, hantar anak isteri balik rumah mentua... Paling sedih kawan-kawan pinjam RM400,000 tapi tak bayar ARTIKEL BERKAITAN: Perlu redah air pasang, internet teruk... Guru ‘homesick’ kena posting ke Sarawak! Lupa semua cabaran selepas ‘jatuh cinta’ Berkemungkinan tidak cukup untuk sekadar berhubung dengan ahli keluarga melalui panggilan telefon atau video, wanita tersebut turut memerlukan dirinya disayangi secara fizikal. Selepas selesai berpelukan, rakan penganjur menghadiahkan sekuntum bunga ros dan sebuah buku diari kepada wanita Muslim tersebut. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berkata diri mereka boleh memahami situasi berkenaan. Mohon ada servis macam ni juga dekat Malaysia, nak minta peluk kawan-kawan sendiri segan. WARGA MAYA "Weh aku belajar dekat Jengka, Pahang je, belum overseas lagi, tapi bila tengok je video ni terus dapat rasa homesick tu macam mana. Aku tak kuat, tolong! "Pernah merasa tempat sis ni, dunia kosong sebab berjauhan dengan keluarga dan orang yang kita kenal, dah la kita ni jenis introvert, susah nak buat kawan baharu. "Mohon ada servis macam ni juga dekat Malaysia, nak minta peluk kawan-kawan sendiri segan, nanti orang cakap kita ni bukan-bukan pula, kalau ada yang offer macam ni baru tak kekok. Sebahagian komen warga maya. "Kadang masalah dalam hidup ni hanya kita je yang boleh selesaikan, cuma untuk melaluinya semua, kita perlukan tempat untuk bersandar kepala sebagai sistem sokongan," kata warga maya berkongsi kisah. Tidak kurang juga warga maya yang berkata mereka pernah kehilangan orang tersayang dan sangat menginginkan rasa dibelai seperti dahulu kala. "Aku dah tak ada mak, setiap hari rindu dia, mungkin kalau ada orang yang aku boleh peluk macam ni, akan hilang sedikit rasa rindu tu," kata pelayar meluahkan kesedihan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube