suria

Gadis minta bantuan edit foto graduasi dengan arwah datuk, terbongkar kisah sedih selepas gambar siap disunting

Diyana meminta bantuan netizen menyunting foto bersama arwah datuk.

PEMERGIAN insan tersayang dan penting dalam hidup pasti memberi tamparan hebat kepada sesiapa sahaja yang melaluinya.

Lebih menyedihkan apabila mereka tidak dapat bersama untuk meraikan momen indah atau pada hari-hari istimewa.

Itulah yang dirasai dieyyy1 atau Diyana yang rindukan arwah datuk dan neneknya pada hari graduasi.

Diyana merupakan graduan Universiti Malaya.

Keinginannya ini semestinya mustahil untuk direalisasikan kerana datuknya sudah meninggal dunia ketika dia berusia 17 tahun.

Bagaimanapun, sebagai tanda menghargai jasa kedua-dua insan penting ini, Diyana meminta bantuan orang ramai untuk menyunting foto graduasinya dengan menggabungkan gambar lama nenek dan arwah datuk.

"Hi, ada tak sesiapa boleh edit (sunting) gambar konvokesyen nak dengan nenek dan arwah datuk?

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin nak tengok diri sempurna, peniaga takoyaki OKU minta netizen tolong edit gambar - “Dulu saya diejek alien”

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja iras Putera Mateen minta edit gambar, penyunting terus tunjuk skil... Siap tolong kemaskan rambut, ‘touch up’ wajah!

"Saya nak minta tolong. Saya sanggup bayar," tulisnya dalam ciapan berserta dua keping foto.

Ciapan tersebut menjadi tular apabila ramai yang bersimpati mendengar kisah Diyana yang dijaga oleh datuk dan neneknya sebelum ini.

Jika diteliti pada ruangan komen, ramai yang sudi membantu menyunting foto sebagaimana diminta Diyana mengikut kreativiti masing-masing.

Nenek dengan arwah datuk menjaga saya dari darjah lima sampailah SPM. Mereka sayang saya lebih daripada anak sendiri.

DIYANA

Malah, tiada sebarang bayaran atau caj dikenakan oleh netizen setelah mereka menyunting foto berkenaan.

"Nenek dengan arwah datuk menjaga saya dari darjah lima sampailah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Mereka sayang saya lebih daripada anak sendiri.

"Dengan merekalah saya dapat tumpang kasih sayang di saat keluarga saya sendiri jauh dan sibuk dengan keluarga baru masing-masing (bercerai).

Ahli keluarga Diyana.

"Setiap minggu, arwah datuk dengan nenek akan datang melawat dekat hostel sebab tak nak saya bersedih tengok orang lain jumpa ibu bapa sedangkan saya punya parents jauh sangat," imbasnya.

Terharu dengan kebaikan netizen, graduan Universiti Malaya ini tak henti-henti berterima kasih kepada orang ramai.

Katanya, melihat hasil-hasil suntingan gambar dibuat orang ramai membuatkan dia mengalirkan air mata gara-gara sebak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain