suria

4 tahun kenal, kekasih selamba batal tunang saat akhir atas alasan tak ready! Dalam dompet simpan foto awek lain

Wanita ini mendedahkan kisah kecurangan kekasihnya yang membatalkan majlis pertunangan.

HANCUR hati seorang wanita apabila kekasihnya membuat keputusan untuk membatalkan majlis pertunangan yang telah dirancang bersama sebelum ini.

Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Liyana berkata, banyak dugaan ditempuhi bersama teman lelakinya sepanjang tempoh perkenalan mereka dari 2019 hingga 2023.

Dirinya juga pernah dicurangi sepanjang tempoh itu, tetapi atas dasar sayang dan percaya kepada lelaki itu membuatkan dia memberikan peluang kedua kepadanya.

"Masa hari raya Aidiladha tahun ni, keluarga dia dah jumpa famili saya. Mak dia pun dah bagi saya cincin merisik, jadi kami buat keputusan untuk bertunang bulan Disember.

"Barang-barang mekap, pelamin, katering, hantaran, jurufoto dan persiapan lain kebanyakan semuanya sudah dibeli dan tempah. Saya lupakan kisah lama sepanjang beberapa tahun kenal dia.

Cincin merisik yang diberikan kepada Liyana.

"Sebelum ini pun memang dia ada orang lain tapi saya terima dia semula dalam hidup. Saya masih positif sebab dia hari-hari telefon dan kongsi akaun Instagram milik dia dengan saya," ujarnya kepada mStar.

Bercerita lanjut, Liyana berkata, sewaktu keluar bersama pada pertengahan Oktober, dia terjumpa sekeping foto wanita lain terselit dalam dompet kekasihnya.

Bagaimanapun, sewaktu ditanya siapakah wanita dalam gambar itu, lelaki itu memberi alasan foto itu diletakkan oleh rakan-rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati tunang dapat tahu bakal suami curang dengan 2 wanita, siap bawa masuk bilik hotel

ARTIKEL BERKAITAN: Kejam! Wanita curang dengan tunang dan guna wang hantaran kahwini lelaki lain

"Saya tanya fasal gambar tu, dia cakap kawan-kawan main letak dalam wallet sebagai gurauan. Hujung bulan Oktober, dia dah tak hubungi saya dengan alasan sibuk.

"Selepas seminggu tak berhubung, saya pergi jumpa dia untuk dapatkan penjelasan. Bila jumpa, dia cakap belum bersedia nak bertunang dan kahwin.

"Cuma itu saja jawapan daripada dia. Belum bersedia dan takut saya tak bahagia, jadi saya pun tak paksa dan hormat keputusan dia. Saya anggap dia belum ada cukup duit," imbas Liyana.

Dia ada mesej ibu bapa suruh saya padam tapi saya tak nak. Niat saya post ni hanya untuk bagi pengajaran dekat semua.

LIYANA

Liyana berkata hatinya hancur apabila mengetahui daripada rakannya bahawa lelaki itu memuat naik gambar bersama wanita di dalam gambar dijumpai sebelum ini.

Dia juga mendakwa mereka berdua sudah lama menjalinkan hubungan sebelum lelaki itu memutuskan untuk membatalkan rancangan pertunangan dengannya.

Terkilan dengan apa yang berlaku, Liyana memilih berkongsi kisah percintaannya di media sosial untuk dijadikan pengajaran oleh orang lain.

"Kawan saya ada tunjukkan tangkap layar story di Instagram dia selepas saya 'dibuang' daripada jadi followers (pengikut). Dia ada post gambar dengan perempuan dalam wallet tu.

Pelamin tunang yang ditempah Liyana.

"Jadi saya pun buatlah posting pendedahan dekat TikTok lepas sahkan benda tu. Dia ada mesej ibu bapa suruh saya padam tapi saya tak nak. Niat saya post ni hanya untuk bagi pengajaran dekat semua.

"Bukan senang-senang dah jumpa mak ayah orang bincang macam-macam lepas tu senang-senang cakap tak bersedia. Tapi lepas tu tahu-tahu ada orang lain," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain