suria

Suami cari nasi goreng sardin, pakcik kedai makan syak kes isteri mengidam... Sanggup tolong masak tapi ada ‘syarat’

Menu nasi goreng sarding agak sukar ditemui di kedai.

MEMENUHI permintaan seorang isteri yang sedang kelaparan dan dalam masa sama mengidam sesuatu menu yang agak jarang ditemui menjadi satu cabaran besar buat suami.

Menurut wanita dikenali sebagai Aini Norazman, pada suatu malam dia menyuarakan keinginan kepada suaminya, Amirul untuk makan nasi goreng sardin.

Dek kerana sayangkan isteri yang sedang hamil dan risau berdepan masalah pedih ulu hati jika terlewat makan, si suami segera mencari kedai yang menjual menu tersebut di sekitar Taman Tasik Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

Escobar By LOCO TTDI bar review. 29 JUNE 2023一CHAN TAK KONG/The Star

Nasi goreng merupakan pilihan paling mudah sewaktu lapar pada waktu malam.

"Saya beritahu suami terasa nak makan nasi goreng sardin. Kedai nasi goreng sardin yang biasa saya makan tu sudah tutup.

"Jadi Amirul beritahu dia nak masakkan tapi nanti lambat siap sebab saya balik daripada office lewat malam.

"Amirul pusing-pusing kawasan sekitar cari kedai di kawasan perumahan ini yang buat nasi goreng. Sebab nasi goreng sardin ni tak semua kedai ada. Suami pun singgahlah satu kedai makan ni," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kongsi pengalaman makan nasi goreng di Sabah, Sarawak! Pelik hidangannya, tapi sedap kalau dimasak di rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tunggal teringin nasi goreng, ibu tak sangka jadi menu terakhir... Kisah Ramadan ke-10 masih segar, terbayang suapan waktu sahur

Menurut Aini, hanya si suami sahaja yang turun di gerai pakcik tersebut dan bertanya mengenai menu nasi goreng sardin.

Bagaimanapun, kedai tersebut juga memberikan jawapan sama bahawa mereka tidak menjual menu tersebut.

"Masa suami tanya peniaga tu nasi goreng sardin ada ke tak, dia memang tak ada beritahu pun isteri nak ke tidak, mengidam ke... tak ada.

Jadi kelakar sebab pelanggan yang kena beli sardin sendiri... pakcik tu pula baik betul.

AINI NORAZAM

"Tapi pakcik tu terus tanya... kenapa kau cari? Orang rumah kau mengidam ke? Terkejut suami saya dan terus cakap ye isteri saya teringin pula nak makan malam-malam ni," cerita Aini lagi.

Namun, apa yang mengejutkan suaminya adalah peniaga tersebut sanggup untuk menyediakan hidangan nasi goreng sardin walaupun tidak dijual.

Disebabkan kedainya tidak mempunyai bahan utama untuk masakkan menu berkenaan, Amirul diminta untuk belikan satu tin sardin daripada kedai runcit berdekatan.

"Yang lagi kelakar pakcik tu cakap macam ni... kau pergi kedai runcit sebelah beli sardin kecil tu ye, saya buatkan. Allahu baiknya hamba Allah ni.

The Madras ClubIndian Banana Leaf Food Review. ctc: Rajan Moses

Nasi goreng yang dimasukkan sardin merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia.

"Saya masa ni dalam kereta sudah pelik kenapa suami tergelak-gelak pergi kedai runcit sebelah. Dia jadi kelakar sebab pelanggan yang kena beli sardin sendiri. Pakcik tu pula baik betul," katanya lagi.

Seperti yang ditunjukkan oleh Aini, nasi goreng sardinnya disiapkan oleh peniaga itu malah diberi lauk ayam goreng kunyit sebagai tambahan.

Kelihatan bekas polisterin yang diisi begitu sarat dengan nasi dan lauk ayam dan sardin walaupun dicaj dengan harga RM4.

Kata Aini, pakcik tersebut turut meminta Amirul mendoakan anaknya yang sedang menunggu masa untuk melahirkan cucu keduanya di sebuah hospital.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain