suria

Isteri berjaya pujuk suami kuat seks kahwin lagi, nak suruh nikah Januari... Siap janji taja ‘honeymoon’ Tokyo Disneyland

Tak ramai wanita sanggup menerima poligami. -Gambar hiasan

HASRAT seorang wanita yang mahu mencari madu bakal menjadi realiti apabila dia menemui calon bersesuaian untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, suaminya bersetuju dengan cadangan untuk berpoligami, namun dia belum memaklumkan hal itu kepada keluarganya.

"Nak update pasal pencarian madu hari tu. Alhamdulillah sekarang laki aku dah setuju akhirnya, tapi adalah syarat dia yang aku rasa okey-okey je.

madu2

Kehadiran orang ketiga boleh menjadi punca goyahnya hubungan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Jadi hujung bulan ni aku akan jumpa keluarga bakal madu untuk bincang dan jika boleh, nak mereka kahwin Januari nanti. Cumanya keluarga aku belum tahu lagi.

"Aku ingat selepas dah tetap tarikh semua baru nak maklumkan keluarga aku. Mungkin mereka tak setuju tapi aku buat keputusan ini untuk keharmonian rumah tangga," ujarnya di laman X.

Tambah wanita itu, dia juga berhasrat menaja perjalanan bulan madu suaminya dengan isteri baharu ke Jepun jika semua perancangan berjalan seperti dirancang.

Hujung bulan ni aku akan jumpa keluarga bakal madu untuk bincang, jika boleh nak mereka kahwin Januari nanti.

ISTERI PERTAMA

"Doakan semua lancar. Aku dah niat nak taja mereka bulan madu kat tempat-tempat sejuk. Jepun la kot. Sebab aku tengok (bakal) madu aku pernah twit, dia teringin nak pergi Disneyland," kongsi wanita itu lagi.

Sebelum keputusan dibuat, wanita itu berkata dia mengambil masa yang lama untuk memujuk suaminya supaya berpoligami.

Malah, apa yang dibuat wanita itu dianggap satu perkara luar biasa memandangkan ramai kaum Hawa biasanya tidak bersetuju untuk dimadukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kerja engineer kuat seks, isteri cari madu sebab tak larat layan! Gaji 18K, tiada masalah bagi elaun 3K sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Beri izin tapi gagal bertahan! Isteri cuba sedaya upaya terima poligami dan madu akhirnya undur diri, kini hidup lebih tenang

Sebelum ini, mStar pada 19 November melaporkan kisah wanita itu yang membuat 'iklan' di laman X bagi mencari seorang wanita untuk dijadikan madunya.

Menerusi pendedahan yang mengejutkan ramai, wanita itu berkata dia mahu mencari isteri baharu buat suaminya kerana tidak mampu untuk memberi layanan batin.

Dalam perkongsian itu, wanita itu berkata suaminya yang juga seorang jurutera mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM18,000.

Malah, dia turut berjanji bahawa madunya akan menerima elaun bulanan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan.

WhatsApp Image 2023-12-07 at 1.58.15 PM

Madu-madu biasanya bermusuh, namun ada yang mampu berdamai dan rapat seperti adik-beradik. -Gambar hiasan

"Kami ada anak seorang. Aku nak cari wife lagi satu untuk husband sebab aku tak larat nak layan dia. Dia cakap kerja dia stress, jadi sex drive dia tinggi nak mampus. Jadi aku nak cari la wife lagi seorang untuk dia sebab aku tak larat.

"Kalau ada yang betul-betul serius nak jadi isteri kedua, inform ya. Aku akan make sure laki aku bagi kau monthly at least elaun RM3,000.

"Itu tak termasuk tanggung hidup kau sekali. Aku pun kerja gaji RM6,000. Jadi aku tak kisah sangat," ujar wanita itu sehingga dia tular di laman X.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain