suria

Dapat tahu mama tiada duit, 3 anak letak kotak ‘misteri’ atas meja... Terkejut tengok ada banyak wang kertas RM1

Susan berkongsi 'kejutan' yang diterima daripada anak-anaknya. -Gambar FB Susan A.Magis

PASTI ramai dalam kalangan kita biasa mendengar ungkapan 'anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya'.

Ungkapan tersebut membawa maksud tingkah laku serta sikap si anak dibentuk dengan cara didikan oleh orang tua mereka.

Dikurniakan anak yang sudah pandai mengenal erti jasa serta pengorbanan ibu bapa biarpun masih kecil, sudah pastilah perasaan seorang ibu bercampur baur antara terharu, sebak dan gembira.

Demikian juga dengan perasaan seorang ibu bernama Susan A. Magis apabila anak-anaknya berusaha menyimpan sebahagian wang saku semata-mata untuk dihadiahkan kembali kepadanya.

Menurut Susan, dia terkejut apabila mendapati ada kotak kecil yang diletakkan di atas meja di kediamannya, baru-baru ini.

tabung

Tabiat menabung wajar disemai sejak anak-anak masih kecil. -Gambar hiasan

Bersama kotak kecil kecil tersebut, terselit sekeping nota yang ditulis oleh anak-anaknya.

"Kotak yang di meja itu untuk mama... buka dulu,"demikian menurut nota tulisan tangan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 anak perempuan dilayan bak ratu! Habis kerja, ayah kerja pandu traktor pasti bawa pulang ‘kejutan’

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih je nak hadiah apa, semua akan dibeli! Anak bujang buat kejutan ikut trend, dapat bonus terus balik kampung belanja mak

Wanita tersebut tidak dapat menyembunyikan rasa terharu apabila melihat isi kandungan kotak kecil berkenaan yang berupa puluhan kepingan not RM1.

Menurut Susan, sudah menjadi kebiasaan dia memberikan anak-anaknya wang saku RM2 setiap seorang untuk dibawa ke sekolah.

Namun dia sama sekali tidak menyangka anak-anaknya akan menyimpan sebahagian wang tersebut untuk dijadikan hadiah sempena Krismas tidak lama lagi.

Mungkin nampak biasa tapi usaha anak-anak macam ni, hanya ibu bapa saja yang tahu rasa terharunya.

NETIZEN

"Tiap hari saya bagi anak-anak duit saku belanja di sekolah sebanyak RM2, tapi tak sangka anak-anak simpan RM1 untuk hadiahkan kat mama.

"Sepatutnya anak-anak nak bagi pada 25 Disember tapi apabila dengar mama dah tak ada duit, mereka cepat-cepat bagi duit.

"Tuhan, lindungilah anak-anak saya. Terima kasih sebab bagi mereka kepada saya. Saya janji untuk jaga mereka baik-baik.

"Tiga orang anak saya depa (mereka) simpan RM1, total duit semuanya RM48," tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Perkongsian wanita berkenaan meraih perhatian warga maya apabila meraih lebih 550 shares di Facebook.

komen tabung

Netizen memuji Susan kerana berjaya mendidik anak-anaknya dengan nilai murni.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji wanita berkenaan kerana hasil didikannya berjaya membentuk nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil.

"Itu maknanya puan berjaya mendidik anak-anak menjadi insan yang baik. Tahu menilai susah payah ibu mereka pada usia yang masih muda.

"Sejuk perut mengandungkan anak yang baik dan memahami situasi kesusahan ibu bapa.

"Anak-anak yang hebat lahir daripada seorang ibu yang hebat.

"Mungkin nampak biasa tapi usaha anak-anak macam ni, hanya ibu bapa saja yang tahu rasa terharunya," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain