KEBANYAKAN pasangan yang sudah berumah tangga sudah pasti tidak sabar-sabar menantikan kehadiran zuriat, lebih-lebih lagi cahaya mata sulung. Dek kerana teruja bakal bergelar ibu bapa buat kali pertama, lazimnya persiapan untuk menyambut kehadiran ahli keluarga baharu dibuat lebih awal, antaranya menempah hospital untuk bersalin, confinement lady serta membeli barangan kelengkapan bayi. Tentunya sangat menyeronokkan jika kesemua persiapan ini dilakukan bersama-sama dengan pasangan sehinggalah tibanya detik kelahiran. Namun malang bagi seorang wanita ini apabila suaminya seolah-olah langsung tidak mengambil berat mengenai persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka. Meluahkan perasaan di media sosial, wanita tersebut berkongsi rasa sedih dan kecil hati kerana suaminya juga didakwa melebih-lebihkan si ibu biarpun ada perkara yang begitu menuntut tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa. Setiap pasangan yang berumah tangga sudah pasti tidak sabar-sabar menantikan kehadiran zuriat, lebih-lebih lagi cahaya mata sulung. -Gambar hiasan "Kadang rasa tersentap betul dengan suami. Saya bukan ada duit nak beli semua tu, harapkan dia (suami) yang beli tapi dia lebihkan mak dia je. "Hari-hari makan hati daripada awal mengandung sampailah dah nak dekat bersalin, satu apa tak beli," luahnya. Tambah wanita tersebut lagi, dia juga tidak pernah merasa nikmat 'dimanjakan' oleh suami seperti mana kebanyakan wanita hamil yang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji 10K cuma beri nafkah RM500 selepas suruh isteri ada degree resign! Suri rumah senasib tampil kongsi taktik ‘kikis’ duit pasangan ARTIKEL BERKAITAN: Tak beri nafkah, suami ‘guna’ isteri kerja kerajaan buat loan beli superbike... tukang proses permohonan terkejut tengok gambar mesra dengan awek lain! "Nak makan apa-apa kena tahan diri, pergi check-up pun pandai-pandai sendiri naik motor," ujarnya. Disebabkan bimbang kerana masih belum membuat sebarang persiapan, wanita itu berkata dia pernah menyuarakan kepada suaminya untuk membantu berniaga kecil-kecilan bagi meraih pendapatan sampingan, namun cadangannya ditolak mentah-mentah. "Pernah cakap dekat dia, jika tak mampu atau tak mahu belikan barang anak, boleh tak modalkan barang kuih untuk meniaga. "Dapatlah kumpul duit persediaan bersalin. Tapi katanya semua membazir duit dia saja. Semua yang saya minta beli, dia akan tanya mak dia dulu. "Dan selalunya mak dia takkan bagi dan dia tak akan beli. Sedih betul rasa," luahnya. Payah kalau semua nak ikut mak je. Dah ada keluarga sendiri, binalah keluarga sendiri. Sikit-sikit mak, baik duduk bawah ketiak mak je. NETIZEN Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik gambar tangkap layar (screenshot) perbualan bersama suaminya di aplikasi WhatsApp, yang jelas menunjukkan sikap acuh tidak acuh lelaki berkenaan ketika ditanya mengenai persiapan menyambut kelahiran bayi mereka. "Nanti aku tanya kakak, ada lagi ke tak baju dengan barang anak dia. Mak cakap benda pakai sekejap je," demikian jawab suaminya seperti paparan di dalam tangkap layar berkenaan. Perkongsian yang dimuat naik di laman grup Facebook Luahan Hati Seorang Isteri mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan. Selain berkongsi pengalaman, mereka turut menitipkan kata-kata semangat serta cadangan sebagai solusi kepada situasi yang dialaminya. Rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan sikap suami wanita berkenaan. "Payah kalau semua nak ikut mak je. Dah ada keluarga sendiri, binalah keluarga sendiri. Sikit-sikit mak, baik duduk bawah ketiak mak je. "Biasanya untuk anak sulung, orang yang susah macam mana pun mesti excited nak beli keperluan baby walaupun sepasang baju. "Pendapat saya, lepas bersalin, awak 'chow' dari hidup dia. Lebih baik hidup sendiri dengan anak. Payah kalau anak emak ni," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube