SELEPAS dikurniakan tujuh cahaya mata perempuan, pasangan ini tidak menyangka penantian untuk menimang zuriat lelaki termakbul akhirnya. Ibarat menimang 'anak sulung', Nor Shaeriani Awang Hamat berkata, kehadiran bayi kelapan yang diberi nama Ahmad Qhalifa Mohamad Farishal sememangnya disambut penuh gembira bercampur rasa syukur oleh suami dan tujuh puterinya. Berkongsi cerita dengan mStar, Nor Shaeriani berkata ketika disahkan hamil sekitar pertengahan tahun lalu, dia dan suami sama sekali tidak kisah mengenai jantina bayi mereka sebagaimana kelahiran zuriat sebelum ini. "Waktu hamil Ahmad Qhalifa, saya alami alahan yang teruk dari awal sehingga kandungan nak masuk usia lima bulan. Mentua siap teka, katanya mungkin baby girl sebab corak alahan yang sama. "Bila kandungan masuk usia tiga bulan, saya pergi ke sebuah pusat perubatan swasta selepas doktor di klinik kesihatan saran buat detail scan sebab takut ada masalah. Suami Nor Shaeriani, Mohamad Farishal menunaikan nazarnya menumbangkan seekor lembu sempena kelahiran bayi lelaki mereka. "Doktor pusat perubatan tanya 'nak tahu jantina tak?'. Saya cakap, sebenarnya tak kisah pun pasal jantina. Doktor kemudian cakap baby boy. "Saya call suami untuk beritahu... dia kata, dia pun dah agak baby boy," kongsi wanita berusia 40 tahun ini. Bagaimanapun ketika membuat imbasan kali kedua di sebuah hospital sebulan kemudian, Nor Shaeriani berkata doktor memberitahunya bahawa jantina bayinya adalah perempuan. ARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Rezeki dikurniakan 7 puteri, suami isteri tetap tak putus asa nak timang 'hero'... kalau tak tunggu menantu je - “Orang kata curi senduk di rumah ramai anak lelaki” ARTIKEL BERKAITAN: Enam hero nampak comel pakai baju sedondon, rupanya ada rahsia di sebalik pakaian... Ibu pening kepala tiba-tiba anak tertinggal di kedai! "Waktu tu kami suami isteri dah reda. Kemudian kali ketiga scan waktu kandungan berusia tujuh bulan, doktor tak beri kepastian tapi berkemungkinan baby boy katanya. "Kami reda dan nak tunggu dia keluar je. Tapi suami saya bernazar sempena hari jadinya, dia nak tumbangkan seekor lembu kalau dapat bayi lelaki. "Akhirnya pada tanggal 21 November, selepas 10 jam berada dalam dewan bersalin, terjawablah jantina bayi iaitu bayi lelaki. "Memang gembiralah suami. Dia teman saya selama 10 jam, hanya keluar untuk solat. Akhirnya penantian dan doa termakbul," katanya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor. Ketika majlis cukur jambul Ahmad Qhalifa Mohamad Farishal. Tambah Nor Shaeriani, bayinya terpaksa ditahan selama lima hari di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana memerlukan pemantauan rapi. "Sebelum baby dibenarkan keluar hospital lagi, bapanya dah tumbangkan lembu sebagai menunaikan nazar yang diniat sebelum ini. "Teringat pula kisah sebelum ini yang ramai beri petua kalau nak dapat anak lelaki... antaranya kena curi senduk di rumah keluarga yang ada ramai anak lelaki. Tapi saya tak buat pun. "Tak mahulah curi-curi ni. Alhamdulillah, kini diam tak diam, bayi dah berusia hampir tiga minggu," ujarnya. Sebelum baby dibenarkan keluar hospital lagi, bapanya dah tumbangkan lembu sebagai menunaikan nazar yang diniat sebelum ini. NOR SHAERIANI Ditanya mengenai perubahan rutin selepas dikurniakan cahaya mata lelaki, Nor Shaeriani bersyukur kerana anak bongsunya mudah diuruskan dan tidak banyak meragam. "Tapi rasa macam bersalin anak sulung pula. Alhamdulillah, kakak-kakaknya pun rajin membantu. Masing-masing nak riba adik mereka. "Tak ada yang berbeza sangat cuma barang bayi dah tak ada warna pink," ujarnya sambil ketawa kecil. Dalam pada itu, Nor Shaeriani berkata walaupun hajat untuk menimang cahaya mata lelaki sudah dimakbulkan, namun dia dan suaminya tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata lagi selepas ini. Mohamad Farishal bersama tujuh puterinya. "Saya dan suami masing-masing daripada keluarga yang besar. Suami merupakan anak sulung daripada sembilan beradik, saya pula anak ke-11 daripada 12 adik beradik. "Kami terima saja andai kata ada rezeki lagi selepas ini," akhirinya. Untuk rekod, mStar pernah menemubual kisah Nor Shaeriani dan suaminya yang tidak berputus asa menimang 'hero' selepas dikurniakan tujuh puteri, sekitar November 2020. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube