suria

Suami angkut skandal balik rumah, buat maksiat waktu solat Jumaat! Isteri nampak ‘wanita’ melalui kamera pantau kucing

Kucing boleh menjadi penghibur buat pasangan yang belum memiliki cahaya mata. -Gambar hiasan

SEPANDAI-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Seorang isteri tular di laman X apabila mendedahkan dia berjaya mengumpul bukti kecurangan suaminya dengan menggunakan kamera yang dipasang untuk memantau kucing di kediamannya.

Menurut wanita itu, dia mahu melihat aktiviti dan pergerakan kucing ketika berada di tempat kerja, namun tidak menyangka kamera tersebut 'menyajikan' rakaman yang boleh menghancurkan hatinya.

Press conference about the safety in Taman Taynton View, Cheras.

Pemasangan kamera penting untuk tujuan pemantauan keselamatan di kediaman. -Gambar hiasan

"Aku belanjakan duit gaji untuk beli tandas kucing yang automatik. Kemudian aku beli tempat makan yang ada kamera. Senang aku nak tengok kucing aku. Masa aku tengah pasang, laki aku tak tanya apa.

"Aku lupa nak beritahu dia pasal kamera dekat tempat bagi kucing makan. Kemudian hari ini masa aku tengah lunch, aku cuba la buka video tu. Aku dengar suara orang dalam rumah. Punyalah aku cuak, cepat-cepat aku screen record sambil call laki aku.

"Dia jawab dia ada kat rumah, nak get ready solat Jumaat. Lepas tu, aku nampak ada kaki berjalan ke arah tempat kucing aku makan. Baju kurung. Baju kurung tu rakan sepejabat dia. Aku kenal," ujar wanita itu.

Kalau aku yang jahat dalam perkahwinan kita, hinalah aku. Tapi kau yang bawa betina masuk rumah kita.

ISTERI

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia sebenarnya sudah menghidu perubahan sikap suaminya yang tiba-tiba dingin sejak beberapa bulan lalu.

"Tiga ke empat bulan, aku dah nampak laki aku macam selalu dingin dengan aku. Balik kerja slow-slow lewat. Dari pukul 6, dia anjak 7 malam. Lama-lama dia balik pukul 11 malam.

"Aku tak syak apa-apa tapi aku perasan dia dah malas nak ambil tahu pasal kucing kami. Jadi aku yang uruskan sendirian. Makin lama aku makin tak menang tangan. Aku kerja pun balik pukul 6," luah wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM900 curang! Alang-alang rumah tangga runtuh, isteri robohkan sekali rumah 90K yang dibina... Bini baharu nangis tiada tempat tinggal

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati suami, isteri kantoi camping dengan lelaki lain! Patutlah ajak ‘bersama’ asyik tolak - “Rasa nak hempuk telefon dia”

Menurut pengadu, ini bukanlah kali pertama dia dicurangi, namun nekad untuk membawakes itu ke pengetahuan pihak majikan kerana suaminya dan wanita itu bekerja di bawah satu bumbung.

Malah, dia juga mahu mendedahkan hal itu kepada ahli keluarga kerana beranggapan suaminya telah mengkhianati ikatan perkahwinan mereka.

"Aku pernah diduakan masa bertunang. Kali ini aku kena lagi dengan lelaki yang lain. Memang takdir aku untuk dicurangi. Jadi aku dah kuat.

Taman Kucing, Taman Tasik Cyberjaya. — YAP CHEE HONG/The Star

Kehadiran kucing pastinya menambah keceriaan dalam kehidupan seharian. -Gambar hiasan

"Good luck s*ndal Isnin nanti dengan laki aku sekali, aku bawa video tu ke bahagian Sumber Manusia (HR). Macam tu je tuhan nak tunjuk laki aku bawa balik perempuan.

"Daripada kamera untuk kucing. Good luck bro. Aku baru sampai rumah mak aku, nak beritahu mak dengan bapa aku. Tak rugi apa pun aku.

"Kalau aku yang jahat dalam perkahwinan kita, hinalah aku. Tapi kau yang bawa betina masuk rumah kita. Apakah itu?" tulis wanita itu lagi.

Untuk rekod, pendedahan wanita itu yang disiarkan menerusi akaun X @meinmokhtar menerima hampir 3,000 ulang kicau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain