suria

Suami galak tengok akaun FB wanita seksi, isteri ‘insecure’ terpaksa makan pil nak dapat ‘aset’ serupa

Ada segelintir isteri yang tidak dapat menerima apabila mengetahui pasangannya suka melayari akaun media sosial wanita seksi. -Gambar hiasan

SEGELINTIR wanita pasti mempunyai perasaan tidak yakin (insecurity) terhadap anggota badannya yang tertentu.

Lebih-lebih lagi apabila melihat wanita yang lebih ramping, jelita dan berpenampilan anggun, sedikit sebanyak pasti terbit rasa rendah diri.

Begitulah juga dengan wanita ini yang meluahkan rasa sedih gara-gara suaminya gemar ‘menjamu mata’ melihat perempuan lain yang lebih jelita dan seksi.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya ini, sikap suaminya terbongkar selepas dia ‘curi-curi’ memeriksa (stalk) akaun media sosial lelaki tersebut.

“Hari-hari saya buka Facebook suami saya tanpa pengetahuan dia. Sebelum ni selalu curi-curi check handphone dia.

seksi 2

Tidak dinafikan segelintir wanita berasa 'insecure' apabila melihat wanita lain yang lebik seksi. -Gambar hiasan

“Sekarang saya dah tahu password Facebook dia, jadi saya buka dekat handphone saya je. Kalau kita buka dekat tempat search mesti akan keluar ‘see all’ betul tak?

“Jadi saya tekan tu, tengok- tengok dekat history dia banyak profile perempuan-perempuan seksi semua.

“Boleh dikatakan semua breast besar-besar. Saya tahu saya kurus, mungkin tak puaskan nafsu dia. Jadi dia tengok perempuan seksi lain dalam Facebook,” luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa kondom basah dalam bilik anak buah, ‘sex toys’ pun ada! Abang ipar mengaku dia punya, habuan lampias nafsu sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘biasa-biasa’ dapat pasangan alim, baik... Selepas nikah terkejut suami abai larangan agama dalam hubungan seksual

Tidak memendam perasaan sendirian, ujar wanita tersebut, dia bertanya mengenai perkara tersebut kepada suaminya.

Bagaimanapun kata wanita itu, suaminya menafikan perkara berkenaan dan berdolak dalih.

“Dia cakap Facebook lalu dekat reel je. Kalau dekat reel, kenapa dia buka profile perempuan-perempuan semua tu?

“Sah-sah la dia tekan profile mereka, so nampaklah gambar-gambar dan video seksi semua yang menghairahkan.

“Saya betul-betul sedih sangat. Hari-hari saya buka Facebook dia, hari-hari ada perempuan dalam history dia.

Jangan seksa diri untuk suami dengan ambil pil apa semua. Boleh rosakkan buah pinggang puan. Jagalah kesihatan.

NETIZEN

"Saya sampai fikir, suami saya bayangkan perempuan lain apabila bersama dengan saya sebab dia hari-hari tengok perempuan-perempuan seksi," ujarnya.

Tambahnya lagi, dia juga pernah mengambil inisiatif termasuk mengambil pil agar mendapat ‘aset’ yang serupa namun stres apabila tidak mendapat sokongan suaminya.

"Saya makin stres... hari-hari minta doa pada Allah supaya janganlah bagi suami saya tengok lagi gambar-gambar perempuan seksi.

"Tolong doakan saya sekali. Saya betul-betul down sangat. Apa yang patut saya buat," luahnya lagi.

Perkongsian wanita tersebut di grup Facebook Luahan Hati Seorang Isteri mengundang perhatian warga maya yang turut meluahkan rasa simpati terhadapnya.

komen seksi

Komen yang dilontarkan oleh warga maya terhadap kisah perkongsian wanita berkenaan.

“Lelaki memang takkan puas sis... dah tengok, nak lebih-lebih pula. Ada saja yang kurang dekat mata diaorang.

“Awak boleh stop tengok semua tu dekat Facebook. Sebab akan buat awak lebih terluka.

“Jangan seksa diri untuk suami dengan ambil pil apa semua. Boleh rosakkan buah pinggang puan. Jagalah kesihatan.

“Kalau puan cari salah suami, memang akan jumpa. Jadi berhentilah sakitkan hati sendiri,” demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain