suria

Thumb drive lagu-lagu hits laku keras, penjual masyuk walau ‘mencuri’! Abang kurier dedah orang kampung ramai beli

Pencabulan hak cipta merupakan satu jenayah digital yang boleh didakwa. -Gambar hiasan

SETIAP perniagaan memerlukan konsep yang unik untuk menarik perhatian pelanggan datang membeli.

Namun, setiap kaedah jualan dan pemasaran haruslah mematuhi etika dan moral serta aspek perundangan.

Melalui satu hantaran tular di laman X, seorang pelayar mendedahkan tentang cara penjualan secara dalam talian yang didakwa mempunyai elemen cetak rompak.

Amalan mencuri hak intelek semakin 'membarah' dalam masyarakat. -Gambar hiasan

Menerusi ciapan itu, pelayar berkenaan memaparkan produk pemacu kilat (USB) yang di dalamnya terkandung koleksi lagu Melayu klasik, dipercayai laris terjual di platform e-dagang TikTok.

"Mamat ni dapat untung atas angin dengan jual playlist lagu je," kata pelayar itu terkesima.

Menjengah ke video di akaun TikTok berkenaan, rata-rata warga maya dilihat teruja untuk membeli pemacu kilat tersebut tanpa rasa bersalah atau mengesyaki ia mungkin salah di sisi undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencuri tenang, selamba angkut tong gas panjat pagar! Tapi netizen tak simpati... “Bagus, akak buat syarat pertama rakam dulu”

ARTIKEL BERKAITAN: Pencuri tengah highway! Orang kelam-kabut tolong mangsa kemalangan, pelaku ligat curi dompet... Sempat guna paywave ‘cekau’ RM400

"Wah mantap ni, lengkap semua lagu rock jiwang daripada kumpulan Wings dengan Search, favourite aku!

"Lagu kumpulan Exist pun ada, nak beli terus la, boleh cucuk dekat radio kereta untuk dengar sambil drive," kata sebahagian warga maya.

Walaupun begitu, di laman X, warga maya berpendapat penjualan pemacu kilat berkenaan merupakan satu penganiayaan terhadap pengkarya asal.

Sayang, walaupun untung besar tapi tidak berkat pendapatannya, mengambil hasil seni suara orang tanpa kebenaran.

WARGA MAYA

"Ini bukan cara betul untuk buat duit ya, cetak rompak itu haram. Ini dah melanggar hak cipta industri muzik tanah air.

"Saya pekerja kurier, saya boleh cakap pendrive ni laku 'keras' terutamanya dekat kawasan kampung dan pembelinya ramai orang tua, mereka mana ada platform digital macam kita nak layan muzik.

"Sayang, walaupun untung besar tapi tidak berkat pendapatannya, mengambil hasil seni suara orang tanpa kebenaran.

"Siapa yang jual ni? Kalau owner lagu asal nak buat copyright memang boleh muflis terus," ujar warga maya.

Warga maya mengutarakan pandangan msing-masing.

Tidak kurang juga warga maya yang mengatakan modus operandi sedemikian sudah lama bergiat aktif dan mereka licik menghindari serbuan pihak berkuasa.

"Tak pelik la, dekat pasar malam ada je orang jual lagu-lagu Melayu, orang putih, Hindustan guna pendrive harga RM5 hingga RM10 macam ni, siap susun banyak-banyak atas meja.

"Kalau nampak Majlis Perbandaran datang, terus angkat meja dan lari, sama macam waktu zaman cakera padat digital (DVD) dulu.

"Ini semua salah ya di bawah Akta Hak Cipta 1987, iaitu karya terbitan hak eksklusif yang diedarkan salinan kepada orang awam melalui penjualan," jelas warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain